22 Oktober 2010

Daging Masak Asam Pedas


RESIPI di dalam artikel Asam Pedas Malaka  Dari Dapur Azli Razali hari ini 22 Oktober 2010 (seperti di atas),  adalah  Daging Masak Asam Pedas Melaka. Jadi, di sini saya  kongsikan resipinya  dan saya harap anda semua dapat mencuba resipi makanan Negeri Melaka yang menyelerakan ini. Jika anda ingin menggantikan daging ini dengan benda lain boleh juga! so gantilah dengan ikan. Kalau gunakan ikan parang lagi best! yummy! Memang tak pandang belakang dah masa tuh hehe...Ok selamat mencuba!
Bahan A
1 kg daging-hiris nipis

Bahan-bahan B
25gm cili kering-kisa
2 biji bawang besar
5 ulas bawang kecil
5 ulas  bawang putih
¾ sudu lada hitam
1 inci belacan
Bahan-bahan C
2 helai daun limau purut-dicarik
2   batang serai- diketuk
2 ½  cawan air
¼ cawan air asam jawa
3 sudu kerisik
1 kuntum bunga kantan-dibelah  dua
3 tangkai daun kesum
½ batang terung panjang-dipotong panjang
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa

Cara-cara penyediaan
  1. Kisar semua bahan-bahan B.
  2. Kemudian,tumiskan dengan minyak yang panas bersama daun limau purut dan serai. Tumis sehingga cili menjadi  garing.
  3. Masukkan daging dan kacau sehingga sebati dan masak.
  4. Masukkan air dan biarkan mendidih sehingga pekat. Masukkan bahan lain seperti  air asam jawa, kerisik, bunga kantan, daun kesum  dan terung.
  5. Kemudian, perisakan dengan garam dan serbuk perasa.
  6. Padam api dan sedia untuk hidangan.

3 comments:

ummiross berkata...

Salam chef

waa pagi-pagi dah kecur air liur ni,memang favourite ummiross asam pedas ni,hujung miggu ni boleh cubalah...

Azli Razali berkata...

salam ummiross mesti kena cuba hehe

Azli Razali berkata...

salam ummiross mesti kena cuba hehe