24 Oktober 2010

Puteri Mandi

Sudah tertawan dengan warnanya yang terang dan menawan? Secara amnya terdapat dua jenis kuih puteri mandi nih, satu yang berwarna-warni dan satu lagi cuma satu  warna aja.

Saya tak tahu dari mana datangnya nama Puteri Mandi ini tetapi pendapat saya adalah kerana rupa kuih atau mungkin ada cerita lain disebaliknyajuga! macam-macam yang memberikan pendapat mereka, antaranya seseorang telah mencipta resepi  puteri mandi nih selepas tengok puteri mandi lah, ada yang kata selepas puteri mandi, dia makan pemanis mulut nih untuk nak bagi naik seri. Ada yang kata puteri tuh sendiri yang buat lepas dia mandilah hahaha macam-macamkan, tetapi mungkin kerana kuih Puteri Mandi ini cantik dan berwarna warni dan dimakan dengan kuah gula yang sedikit berair (seolah-olah puteri sedang berendam dan mandi. wow!)  jadi, mungkin itu yang membuatkan namanya sedemikian, cantik dan mengiurkan! pandai orang dolu-dolu bagi namakan? Alangkah bagus nya kalau ada sang puteri yangcantik dan menawan  request saya untuk buat kuih Puteri Mandi nih untuk dia makan! dapat jugaklah aku ngorat Si Puteri yang jelita tu kan hahhaha. P/S berangan tetap berangan! tak dapat puteri betul2, dapat puteri mandi pun boleh jerlah, dapat gak ngap! oklah cubalah buat resepi yang saya kongsikan nih, mana tahu satu hari ada antara korang yang dapat berkahwin dengan puteri or menjadi puteri ker satu hari nanti aminn.. selamat mencuba!


Bahan_bahan
500gm tepung pulut
200ml air
15 ml paste pandan/pewarna hijau
15 ml pewarna sirap/merah

Untuk kuah
1 cawan air
90gm gula merah/gula melaka
3 sudu gula pasir
1/2 biji kelapa parut ( putih sahaja)


Cara-cara penyediaan
  1. Campurkan paste pandan dan dengan 100 ml air kemudian gaulkan dengan separuh daripada tepung pulut.
  2. Separuh lagi tepung dicampurkan dengan 100 ml air dan pewrna merah.
  3. Bentukkan bulat kecil tepung yang di uli. Leperkan dengan menekan ditengah-tengah bebola itu selebar lebih kurang 10 sen.
  4. Kemudian rebuskan dalam air mendidih. Kemudian angkat dan tos selepas ia terapung dan ini tandanya tepung itu sudah masak.
  5. Masakkan 1 cawan air dengan gula merah dan gula pasir sehingga kuah melarut. Kemudian masukkan isi kelapa.
  6. Masukkan tepung yang direbus tadi  atau curahkan kuah gula atas tepung.
  7. Siap untuk dimakan.

Tip Chef Azli Razali
Sekiranya anda ingin kelihatan puteri mandi lebih menarik gunalah tiga warna yang berbeza iaitu hijau, merah dan kuning. Bahagikan tiga bahagian dan campurkan  ketiga-tiga warna dan barulah dibentuk. Jangan rebus lama sangat nanti kurang kenyal puteri mandi tuh kalau doh terlalu keras tambahkan air sedikit mana tahu ada antara anda yang tak suka terlalu kenyal.

7 comments:

Love is Life berkata...

ingatkan tadi kraf tgn....rupa2 nyer bahan makanan...huhuhu...pandai la chef nih..

Asma Jalalyna berkata...

perghhhhhh... nak try nanti... slurppp...

Tanpa Nama berkata...

sedap nihhh

wahdi berkata...

Looks great! love to try this!

Azli Razali berkata...

ish ada ker kraft plak hehe wahdi thanks cuba tau nanti ambik gambar sekali pic2 u mmg cantik2. the looks must be greater with your cam hehe

Azli Razali berkata...

asma cuba tau hehe

Tanpa Nama berkata...

abg ...
mak sy kata , guna air kelapa sikit and isi kelapa muda gak ..try la! sdp..hehe