Pages

15 Oktober 2010

Jom buat brownies

Ini adalah artikel saya dalam ruangan Dari Dapur Azli Razali di Utusan pada hari ni 15 Oktober 2010. Harap anda akan mendapat serba sedikit panduan bagaimana hendak membuat brownies. Sila klik di SINI untuk membaca artikel itu. Resepi saya kongsikan ini merupakan resepi asli untuk membuat brownies. Mungkin anda ada koleksi resepi brownies yang dibuat dengan cara memukul mentega dan gula bukan? tetapi dengan
cara memukul mentega dan gula akan menjadikan tekstur brownies anda lebih kepada tekstur seperti kek dan bukannya seperti cookie. Ini bukanlah cara asli membuat brownies! Walaubagaimanapun mungkin anda dah terbuiasa dengan teknik dan cara membuat brownies sedemikian. Tekstur brownis perlulah fudgy dan cakey iaitu di antara tekstur cookie dan kek. Senang cita tekstur dia berada di tengah tengah lah coz bila kita makan dia tak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Apa kata anda cuba cara membuat brownies yang asli daripada saya nih jadi saya tepekkan resepi dan gambar brownies kat sini ok! Ohyer dalam paper tuh ada sikit kesilapan kerana tidak ada arahan meletakkan tepung dalam cara-cara penyediaannya, jangan  risau! masukkan tepung semasa masukkan coklat chip. Dalam nih saya dah update arahan penyediaannya ok. Maaf atas segala kesilapan, yalah saya ini manusia biasa ada kekurangannya tetapi thanks kepada kawan saya Suria yang menegur pada kesilapan arahan cara-cara penyediaannya tiada arahan untuk meletakkan tepung. Insyallah saya akan tangani kesilapan yang sedemikian. Tq Suria!


Bahan-bahan
2cawan (300gm) coklat masakan
1 cawan (250 gm) mentega
6 sudu makan (45gm) serbuk koko
1 ½  (350 gm) cawan  gula kaster
2 sudu teh esen vanila
6 biji telur
1 ½ cawan (190gm) tepung  gandum superfine
½ cawan( 80gm) cip coklat -pilihan

Cara-cara penyediaan
  • Campurkan coklat masakan dan mentega dalam mangkuk stanless steel. Kemudian, letakkan mangkuk itu di atas periuk yangmengadungi  air mendidih.
  • Kacau coklat dan mentega sehingga cair. Angkat dan sejukkan sebentar.
  • Setelah coklat dan mentega sejuk , masukkan serbuk koko, telur dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan tepung dan cip coklat dan kacau sehingga sebati.
  • Tuang dalam acuan empat segi yang berukuran 25cmx 25cm yang telah disapu dengan mentega.
  • Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah celsius selama 45 minit.

5 comments:

eqbalzack berkata...

sedap!

♥ cheknora ♥ berkata...

wahhhhh!!!
dapppp nyerrrr...
nak try lah ;)

Nadira Nasarauddin berkata...

i will try! thanx 4 d share :)

Tanpa Nama berkata...

emm sbnrnya x pernh wt brownies..selama ni bt rresepi kek letak loyang besar n potong2 then nmpk le cm bronies..hi..hi..tQ chef utk teknik sbnr bt brownieshttp://sl.glitter-graphics.net/pub/1009/1009242aw4t14s96h.gif

mamaleez berkata...

saya nak trylah!!!nampak senang n sedapppp..