ARTIKEL Dari Dapur Azli Razali di Utusan malaysia pada minggu ini saya ceritakan tentang air moktel. Kali ini saya tidak menyentuh subjek makanan, mungkin pelik tetapi benar! hehe. Ramai yang confirm setuju jika saya kata... selera kita akan lagi bertambah jika kita minum air yang special semasa kita makan. Betul tak? yelah makanan dahlah best giler! tambah pulak dengan air yang canggih manggih macam air koktel nih. Tak ker bertambah selera kita masa tuh? mmm... mesti tangkap leleh punyer!! Saya selalu jugak buat air moktel nih kalau ada buat makan-makan di rumah, jadi bila family or tetamu datang makan dia akan rasa teruja. Janganlah asyik2 air sirap, pastuh air coke, pastuh air kordial oren jer, nak jugak tukar selera ngan air lain. Sesekali apa kata pekena air special sikit. Sometimes ada juga yang mintak idea kat saya camana nak buat air special untuk dihidangkan kepada tetamu, nak bagi tetamu tuh excited sikit dengan menu hidangan katanya. jadi saya pun bagilah resepi dan cara2 camana nak buat. Well... semoga anda mendapat serba sedikit informasi tentang moktel. Jangan lupa mencuba resepi moktel minggu ini. Resepinya boleh di klik disini ok. Selamat membaca dan mencuba air moktel minggu ini ok! Cheers!
Artikel: Moktel Hilangkan DahagaRuangan: Dari Dapur Azli Razali, Utusan Malaysia
Tarikh 29 Oktober 2010
Moktel hilangkan dahaga
JIKA anda berasa bosan dengan minuman biasa ketika menikmati juadah, apa kata minggu ini cuba sediakan pula minuman moktel - pasti dapat merangsang selera.Perkataan moktel adalah gabungan di antara dua perkataan mock iaitu tiruan dan singkatan tail daripada cocktail (koktel).
Jadi maksud moktel adalah tiruan kepada minuman koktel (minuman yang mengandungi campuran alkohol). Oleh itu, sekiranya anda menikmati moktel maka anda seolah-olah menikmati koktel.
Moktel berbeza dengan koktel kerana moktel sebenarnya adalah minuman campuran tanpa campuran alkohol, jadi tidak perlulah risau.
Terdapat pelbagai jenis moktel sebenarnya, ia boleh disajikan secara ringkas atau eksotik. Anda boleh menikmati moktel secara panas atau bersama ais yang lebih menyegarkan.
Dua atau lebih bahan campuran boleh digunakan untuk membuat moktel dan terpulang campuran apa yang dipilih.
Sebagai contoh campuran jus buah-buahan, minuman ringan atau kordial. Ada juga moktel yang dicampur dengan sayur-sayuran seperti tomato dan timun atau buah-buahan segar seperti nanas, tembikai dan mangga sama ada dikisar atau didadu.
Sayur-sayuran dan buah-buahan yang dicampur menjadi moktel dapat menambahkan lagi khasiat dalam minuman itu kerana mengandungi tinggi serat, vitamin seperti vitamin C dan anti-oksida.
Pelbagai cara boleh kita sediakan moktel sama ada goncang, kacau atau kisar. Selalunya moktel dihidangkan di dalam gelas yang pelbagai bentuk dan saiz dengan sedikit hiasan.
Nama lain bagi moktel adalah Virgin drinks kerana sesuai diminum oleh kanak-kanak dan untuk mereka yang tidak minum alkohol.
Minuman moktel merupakan antara minuman kegemaran saya dan ia sangat mudah untuk disediakan. Ia juga sangat sesuai disediakan dan disajikan ketika majlis keraian.
Anda boleh mencipta sendiri resipi moktel mengikut selera anda. Apa yang perlu anda buat adalah dengan mencampurkan pelbagai jenis jus dan minuman ringan.
Sekiranya anda ingin menghidangkan moktel untuk tetamu yang ramai anda boleh mencampur sedikit air gula bagi memaniskan moktel dan hidangkan di dalam bekas yang besar.
Tambahkan ais di dalam moktel dan pasti tetamu tidak mampu menahan untuk menikmati moktel yang cukup menggoda! Di sini saya kongsikan resipi moktel yang pasti dapat menghilangkan dahaga anda.
1 comments:
saya mmg suka order mocktail kalau makan dkt restaurant yg ada serve mocktail..tapi tekak saya tak buleh terima kalau ada mocktail yg letak coconut milk, mcm pelik la pulak.. heheheh
Catat Ulasan