20 Oktober 2010

Bruschetta cendawan

Resepi Bruschetta adalah menu untuk artikel Segalanya Tentang Cendawan Utusan Malaysia Jumaat 8 Oktober 2010. Sebenarnya bruscheta ini adalah sejenis pembuka selera iaitu appetizer yang berasal dari negara Itali. Ia bolehlah dianggap sebagai mini pizza tetapi menggunakan roti perancis. Banyak sekali topping yang boleh anda buat untuk menyediakan brischetta tetapi pada minggu ini saya menggunakan topping cendawan, keju dan sos bagi memenuhi keperluan artikel, jadi selamat mencuba ok. Sila klik disini untuk membaca artikel ini ok ya! selamat mencuba!
Bahan-bahan
5 keping roti Perancis
3 sudu sos pasta-perasa tomato (boleh dibeli dipasaraya)
3 sudu lada benggala yang didadu kecil
5 ketul cendawan butang dalam tin-dihiris
5 helai daun basil
2 sudu parutan keju chedar/mozarella

Sos pasta
Bahan-bahan
5 biji buah tomato
3 sudu tomato puri
½ biji bawang besar-dicincang halus
1 sudu minyak masak
Secukup rasa garam
Secukup rasa serbuk lada hitam
Secukup rasa gula

Cara-cara penyediaan

  1. Untuk menyediakan sos pasta, tumis bawang sehingga layu dan masukkan buah tomato dan tomato puri. Masakkan sehingga tomato menjadi lembik dan perisakan dengan garam, gula dan lada hitam.
  2. Sapukan sos pasta atas kepingan roti Perancis.
  3. Taburkan lada benggala dan susunkan daun basil.
  4. Kemudian susun cendawan butang dan taburkan keju di atas.
  5. Bakar dalam oven menggunakan api atas selama 8-10 minit dengan kepanasan 180 darjah celsius atau sehingga keju menjadi perang.

0 comments: