09 Mac 2012

Stew Daging dan Barli dengan Cendawan

Bahan-bahan
800gm-900gm daging lembu-didadu atau dihiris
2 sudu makan mentega
2 sudu minyak zaitun atau minyak jagung
½  cawan bawang besar-cincang halus
7 ulas bawang putih-cincang halus
2 sudu teh herba marjoram kering
1.2  liter air
3-4 ketul kiub daging atau kiub ayam
1 ½  cawan barli
400gm cendawan butang segar atau cendawan tin-hiris atau dadu
2 cawan batang celery-potong dadu besar
1 ½  cawan lobak merahyang didadu besar
Secukup rasa garam dan serbuk lada hitam
½ cawan krim masam untuk hiasan
Roux
Cairkan 100gm mentega kemudian campurkan 100gm tepung dan masak sehingga menjadi pes pekat.
Cara-cara membuat

  1. Panaskan mentega dan minyak zaitun kemudian tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Tumiskan marjoram sebentar sehingga wangi.
  2. Masukkan daging dan goreng sehingga ia menjadi perang.
  3. Tuangkan air  dan biarkan ia mereneh perlahan selama 30-45 minit dan masukkan barli dan biarkan sehingga barli kembang.
  4. Masukkan cendawan, celery dan lobak merah. Renehkan dengan api perlahan 30-45 minit lagi.
  5. Masukkan kiub ayam dan biarkan sayur empuk.
  6. Pekatkan dengan roux dan biarkan mendidih sebentar. Perisakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
  7. Padam api. Hiaskan dengan krim masam dan sedia untuk hidangan.

2 comments:

zarina berkata...

krim masam tu krim putar?

Azli Razali berkata...

boleh juga perah lemon kat krim putar.