Pages

10 Mac 2013

Baklava Dimensi Baru


Bahan-bahan
450gm campuran kacang  (kacang badam, walnut, kacang pistasio atau  kacang jenis lain)
1-2paket kepingan pastry phyllo
1 cawan mentega, cair
1/3 cawan gula
1 camca teh kayu manis yang dikisar
1/3 camca teh serbuk bunga cengkih
Bahan-bahan
Untuk sirap:
1 cawan air
1 cawan gula
¼  cawan madu
2 sudu besar jus limau
1 batang kulit kayu manis

Hiasan pilihan
150gm pistasio 
400gm krim topping
250gm strawberry
200gm blueberry
200gm raspberry

Cara membuat

  1. Sapukan dulang bersaiz 9x13inci atau acuan lain yang disukai dengan mentega. Kemudian panaskan oven dengan suhu 180 darjah celsius.
  2. Keluarkan kepingan pastry phyllo dan tutupkan dengan tuala basah supaya ia tidak kering.
  3. Bakar kacang sehingga garing dan kemudian gunakan pengisar dan kisarkan kacang tetapi jangan sehingga menjadi serbuk. Kemudian campurkan dengan gula, serbuk kayu manis dan serbuk bunga cengkih. Dalam mangkuk yang lain cairkan mentega.
  4. Letakkan sehelai kulit pastry Phyllo atas dulang atau acuan. Dengan menggunakan berus pastri sapukan mentega yang telah dicairkan. Selepas itu lapiskan dengan kepingan pastry phyllo yang kedua. Ulang proses menyapu mentega di setiap kepingan sehingga mencapai 7-8 kepingan.
  5. Kemudian letakkan kacang yang campuran kacang atas kulit pstry phyllo itu dan tutup dengan dua  keping kulit pastry phyllo yang letakkan kacang lagi atas kulit pastry phyllo tadi. Setiap lapisan. Selepas meletak kacang anda perlu menutupnya dengan 2 helai kulit pastry phyllo. Pastikan anda sapu setiap helaian kulit pastry phyllo dengan mentega. Ulang proses ini sehingga habis campuran kacang. Lapisan atas perlu ditutup dengan lapan helai kulit pastry phyllo yang setiap helaian telah disapu dengan mentega. Proses untuk lapisan paling atas adalah sama seperti dengan lapisan dibawah baklava.
  6. Jika anda menggunakan dulang, potong pada 24 bahagian dengan pisau yang tajam dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 25-30 minit atau sehingga ia menjadi perang dan garing.
  7. Sementara membakar sediakan sirap dengan mencampur semua bahan-bahan untuk membuat sirap.  Didihkan semua bahan-bahan . Keluarkan kulit kayu manis dan sejukkan.
  8. Kemudian siramkan sirap atas baklava yang telah masak. Hiaskan dengan kacang pistasio kisar atau buah-buahan dan krim jika suka. 

3 comments:

adda syuhada berkata...

sedap...

Nikee Me berkata...

azli sy peminat baklava..kalau u happen to go to london..drop by at reza's baklava dekat kesington highstreets...by the way this 1 of the most best baklava shop there..lady d feveret....

ciktie berkata...

Rasa cam nk try buat td... Lepas baca habis... Rasa cam susah plak huhu