Pages

11 Mac 2013

Ayam Bersos Pan Au Jus Cendawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Ada sesuatu yang istimewa pada resipi ini yang buat saya nak sheshare dengan anda semua!. Boleh teka apa dia? hehe ok 10 minit saya bagi untuk anda semua teka boleh?! eleh dah baca jawapan dia mana aci! haha. Oklah sebenarnya ada 3 keistimewaan resipi yang saya kongsikan ini~ Pertama: ada dua perapan untuk bahagian ayam ini yang saya gunakan. Untuk yang bahagian kepak lain perapannya dan yang bahagian paha  lain perapannya. Kedua: Cara memasak yang berbeza saya gunakan untuk memasak  bahagian kepak, dada dan paha. Ketiga: sosnya dibuat daripada minyak gorengan ayam yang lebih dikenali sebagai  pan au jus ( sebutannya pan au ju). Mesti ada yang terpinga-pinga sebab tak pernah kenal dan dengar perkataan au jus tuh betul tak.
      Relax... nanti saya akan terangkan lebih lanjut apa dia yang dimaksudkan dengan pan au jus tuh.  Baiklah kenapa ada dua resipi? haaaa saja jer nak bagi u oll tambahkan koleksi resipi masakan ayam,  boleh gitu? takde lah sebenar-benarnya  ia ada berkaitan dengan cerita sos  yang saya kata nak kongsikan ceritanya tuh. Oklah saya rasa saya cerita pasal sosnya dululah. Pan au jus adalah  sos yang diperbuat daripada lebihan minyak gorengan ayam, tapi kalau nak buat sos ini teknik masakan pan fry sahaja yang boleh anda gunakan iaitu menggoreng ayam dengan minyak yang sedikit. Ok kalau tak paham jugak apa dia Pan fry, u oll klik jerlah kat sini! ha jelas tak apa dia panfry tuh? anda boleh gak gunakan teknik ini untuk memasak steak juga tau. Kenapa dipanggil Pan Au Jus kerana semua jus yang keluar daripada ayam semasa digoreng melekat pada kuali dan lekatan2 pada kuali itu yang memberikan rasa extra pada sos yang kita buat nih! Lekatan2 jus yang melekat itu akan di deglazekan atau dicurahkan dengan stok ayam (saya menggunakan serbuk stok ayam jer) dan lepas tuh saya kacau segala kerak2 yang terlekat pada kuali dengan minyak dia sekali bersama stok ayam yang talah disediakan. Tapi pastikan jika anda menggoreng ayam tuh tidaklah sampai hangus! nanti sos yang anda buat tuh pahit plak. Takde sapa plak nak makan nanti sebab pahitkan! Saya bancuh minyak yang digoreng itu dengan tepung dahulu sehingga ia menjadi pes (tepung nih berfungsi untuk memekatkan sos). Lepas dah gaul tepung then barulah diletakkan dengan stok. Kemudian akhir sekali terpulanglah pada kita nak masuk apa. Macam saya saya Letakkan hirisan cendawan butang. Simple tapi menyelerakan bukan?! sempoiii!!!
      Untuk teknik pan fry ini, selalunya sesuai untuk bahagian-bahagian daging yang rata seperti bahagian dada dan paha, bahagian seperti kepak kurang sesuai untuk teknik gorengan ini. Oleh kerana saya ada stok kepak ayam plak masa mengajar budak2 di kelas basic saya perapkan kepak ayam  tadi dengan sedikit madu dan paha dan dada pula dengan perapan yang lain. Ok.. anda semua dah taukan kenapa menu nih special dan saya pun dah bagi tau bagaimana nak buat sos pan au jus. Apa lagi tak reti2 nak cuber resipi nih dan buat kat rumah. Cuberlah sos dia mesti tangkap leleh habaq hang! Ini pun dah pukul 5.30petang saya nak cabut  balik dah!  nak standby tgk drama slot Akasia kat TV3 yang tengah FOFULAR sekang tuh~ Rindu Bertamu di Abu Dhabi!(walaupun lagi 1 1/2  jam lagi baru nak start...!!!) Bukan apa, almaklumlah dah terjebak tertengok plak citer tuh. Pas tuh cita dia layan plak lagi. Sebab tuh orang kata bahaya tgk cita bersiri nih kan? dah jadi cam saya kena plak duk mengadap menunggu setiap hari! hehe. Takper janji layan! Ada yang follow tak cita tuh tak? kalau tengok, boleh geng ngan saya hehehe. Ha kalau sempat buatlah resipi yang saya kongsi nih memang sangat sesuai makan sambil layan cita nih! ok lah selamat mencuba!


Bahan-bahan

6 kepak ayam

2 keping dada ayam

2 paha ayam-yang telah dibuang tulang

Bahan perapan untuk kepak

1 ½  sudu besar madu

1 sudu teh lada hitam

½  sudu teh paprika /serbuk cili

1 ½ sudu besar worcestershire sos/ kicap cair

garam secukup rasa

1 sudu makan yogurt

Bahan perapan dada dan paha ayam

1 sudu teh lada hitam

½ sudu teh paprika /serbuk cili

1 ½ sudu besar worcestershire sos/ kicap cair

1 sudu teh herba campuran (thyme, basil dan oregano)

Bahan Untuk sos

4 biji cendawan butan dalam tin dihiris

1 ½ cawan stok ayam ~(1 1/2 sudu besar serbuk stok ayam digaul bersama)

1 ½ sudu besar tepung gandum

1 sudu makan krim atau susu cair

Sedikit lemon jika suka

Secukup rasa garam


Cara membuat
  1. Perapkan ayam dengan bahan perapan masing-masing.
  2. Gorengkan ayam satu digoreng deep fry(minyak penuh). Untuk dada dan paha ayam pula anda perlu menggoreng dengan minyak yang sedikit lebih kurang 4-5 sudu minyak masak.
  3. Angkat kepak ayam setelah masak keperangan. Untuk dada dan paha ayam masak dengan api sederhana sehingga ayam masak keperangan.
  4. dengan kuali yang menggoreng dada dan paha anda gaulkan tepung sehingga menjadi pes. Kemudian deglaze (larutkan dengan stok ayam). Kacau sehingga sebati. Masukkan cendawan dan perisakan dengan garam. Akhir sekali masukkan krim tutup api. Letakkan lemon jika anda suka. sedia untuk dimakan bersama ayam. selamat mencuber!  

2 comments:

adda syuhada berkata...

sedapnya...

ciktie berkata...

Bestnyee.. Mesti cuba ni