Pages

17 Mac 2013

Salad Pasta, Portobello dan Kepingan Daging

Assalam dan salam satu Malaysia!Dah mula rasa lapar tak petang2 nih?? hehe. Jahat tak saya? oklah kalau ada yang dah kelaparan tuh, pi lah bawak2 masak ker atau makan kat luar!. Mana yang tak lapar tuh duduk dan baca post saya nih sampai habis sebab cam biasalah blog saya nih tema ceritanya adalah membaca sambil memeras mulut dan perut bukan sebab sakit mulut dan perut tetapi sebab lapar nak ngap makanan! beginilah kisahnya tuan2 dan puan2 yer! keje saya nih bukanlah setakat duk memasak jer tapi keje saya nih duk jugak meng... ngap makanan dan buat orang jadi lapar. Bercakap pasal ngap makanan nih! saya sempatlah merasa makanan yang disiapkan oleh orang lain jugak! Alkisahnya keje jadi pensyarah nih yang sonoknya bila dijemput makan ke kelas rakan2 pensyarah yang lain tetapi konsepnya mestilah FOC ha.. cam tuh!sukalah3x! Kalau bayar memang aku tamohlah jawabnya! kikikik
    Sebab apa suka? sebab ada sesi komen mengomen ( so kenalah cakap sedapkan ! giler kau kata tak sedap, sebab alamatnya memang tak kena jemput lagi lah jawapnya lenkalikan?! hehe!). Takde lah...bukan apa, konsep sebenar datang bertandang ke kelas orang lain nih adalah saya dapat mencuba resipi2 yang baru dan mengorek rahsia peribadi tip masakan itu yang sebenarnya. Hello.. aku nih bukan keje wartawan hiburan duk korek rahsia peribadi orang? tapi sebagai tukang masak aku duk mengorek tip2 dan resipi tersembunyi dalam sesuatu resipi! itu jer! Cewah! Ish duk membebel panjang sangat! Kalah pulak blog gossip kan? Tapi cita gossip menu nih belum dikepohciikan lagi! Okla3x!.Berbalik pada menu kali ini! 
    Ini adalah resipi yang paling simple sekali yang boleh dibuat dirumah dengan kadar segera dan mudah dan yang pasti umpphhh! k! Terima kasihlah kepada Chef Fauzan yang sudi berkongsi idea menu ini jadi dapatlah saya membuat eksperimen resipi ini selepas meng ngap appetizer ini untuk dikongsikan dengan anda pensekodeng sekalian! Resipi ini juga sesuai untuk dijadikan hidangan apa2 acara majlis ok! sebab konsepnya cewah ( hello...makanan pun ada konsep jugak yer!) menu ini adalah santai dan universal.  Kira macam jenis darah 'O' lah yang boleh memberi kat sapa2 saja yang suka nga nga hehe! pada mereka yang tak makan pasta! sorry! hehe. Resipi ini juga sebenarnya agak ada kelainan sebab menggunakan Portobello mushroom atau cendawan portobello. Cendawan ini agak besar dan ia boleh mencapai saiz sebesar saiz tapak tangan! ha hambikkau,  besar sungguh! Rasa dia agak strong tetapi tekstur dia agak kenyal. Masakan yang sesuai untuk cendawan ini adalah digrill atau di bakar bersama filling yang sesuai. Tapi dont worry ok! sebab kalau tak ado cendawan nih, kita guna cendawan yang ado ajo. Ekau boleh guner cendawan shitake atau cendawan butang yang fresh atau susah2 juga sangat nak carik cendawan biasa, korang gunalah cendawan butang dalam tin tuh jer. Selain tuh resipi ini menggunakan beef bacon iaitu kepingan daging yang ada jugak dijual di pasaraya jangan risau sebab ada beef bacon yang halal dijual! kalau takde, ganti ngan hotdog jerk sudah! Jadi pada anda, ambil masa untuk relax, tengok dan perhatikan betul2 resipinya. Manalah tau esok2 free or kalau ada majlis apa2 nak buat! hangpa boleh buat resipi nih. Buat sehari sebelum pun takper sebab salad boleh disajikan ketika sejuk, kalau nak panas buat lah done2 tuh jugak! Percayalah kalau tak cuba hangpa semua rugi! selamat mencuba & Chill.. la!
Bahan-bahan
300gm pasta jenis fusili
300gm cendawan Portabello atau cendawan lain-hiris
2 biji tomato besar-potong baji
4-5 keping kepingan daging lembu (beef bacon)
Sos salad herba
1/3 cawan cuka epal cider atau cuka makanan
½ sudu serbuk stok ayam
3 sudu makan minyak sayur
3 sudu the gula
2 sudu makan mustard Dijon
3 ulas bawang putih
1 sudu teh herba marjoram segar –dicincang halus
1sudu teh herba tarragon segar-dicincang halus
1 sudu teh herba thyme segar-dicincang halus
Secukup garam dan lada hitam
Hiasan
Daun salad
Keju Parmesan

 Cara membuat

  1. 1. Rebus pasta  sehingga empuk. Jangan direbus terlalu lama
  2. 2. Gril atau goreng cendawan dengan minyak yang sedikit sehingga layu. Gtil atau goreng kepingan daging lembu dan potong kecil.
  3. 3. Kemudian gaulkan semua bahan untuk sos salad.
  4. 4. Satukan pasta, cendawan tomato dan  kepingan daging lembu kemudian campurkan dengan sos salad dan gaul.
  5. 5. Hidangkan atas pinggan dan hiaskan dengan keju dan daun salad.

0 comments: