Lempeng bukan lah suatu makanan yang asing di negara ini.
Selain lempeng panggilan yang sungguh popular adalah crepe. Crepe sebenarnya
berasal daripada Switzerland dan crepe Suzette adalah lempeng yang paling
popular daripada negara yang memang terkenal dengan pelbagai jenis pemanis
mulut dan coklat. Crepe Suzette adalah lempeng kosong yang disajikan bersama
buah buahan, lempengnya akan dimasak dengan alkohol dan buah-buahan dengan
teknik masakan yang dipanggil Flambe. Saya mula mengenali lempeng pada usia kanak kanak lagi dan pada ketika itu juga pelbagai versi
lempeng yang saya rasai seperti kuih ketayap atau adunan lempeng yang dicampurkan
dengan isi kelapa parut atau lempeng
kosong yang dimakan bersama kuah kari. Saya masih ingat lagi ketika waktu saya
sekolah rendah dan masih kecil. Ketika itu saya tinggal bersama nenek dan nenek
saya sering membuat lempeng kelapa dan membuat kuih ketayap disajikan sebagai
sarapan pada waktu dan juga turut dibekalkan dengan kuih ini ke sekolah. Pada
minggu ini saya akan menulis tentang lempeng atau crepe. Topik ini menjadi
pilihan saya pada minggu ini kerana fenomena kesukaan ramai orang terhadap
crepe durian iaitu sejenis pencuci mulut durian menjadi suatu kegilaan. Durian
crepe telah lama popular dan banyak di jual di merata tempat tetapi minggu ini
saya akan berkongsi sedikit maklumat tentang juadah lempeng dan bagaimana ingin
menbuat crepe yang terbaik. Crepe durian sebenarnya makanan yang diperbuat
daripada kulit lempeng yang didalamnya diletakkan dengan inti krim durian. Ia
tidak banyak berlainan dengan lempeng yang biasa kita nikmati dari segi cara
pembuatannya kerana adunannya masih diperbuat daripada tepung dan telur walaubagaimanapun kulitnya perlu
lah nipis. Saya tahu durian merupakan buah yang bermusim dan agak sukar untuk
membuat crepe durian ini jika ianya diluar musim buah durian. Tetapi
seperti yang saya beritahu crepe ini
boleh kita pelbagaikan dan tidak cuma terhad kepada menggunakan durian ssahaja
sebagai isinya. Kita boleh mengolah menggunakan apa-apa sahaja inti yang sesuai
untuk dicampurkan dengan krim seperti buah pic, strawberi, blueberry atau
pisang. Terserah kepada anda jika ada buah-buah lain yang anda suka tetapi
pastikan ia mestilah sesuai. Anda juga boleh mencampurkan dengan perasa tambahan
seperti coklat, karamel atau sebarang jenis perasa tiruan.
Menggunakan selain buah durian sebagai intinya juga amat sesuai terutamanya pada mereka yang memang tidak suka rasa dan bau durian yang dianggap kuat dan kurang enak. Bagi mereka yang gemarkan dengan durian sudah semestinya bukan suatu masalah yang besar malah dianggap lebih sedap jika menggunakan durian. Untuk membuat crepe tidaklah sesusah mana kerana peralatan yang diperlukan sangat minimal. Cuma yang agak sukar adalah teknik anda membuat dan memasak crepenya sahaja. Adunan crepe perlu dimesin dan ditapis agar adunannya halus. Jika tidak betul tekniknya permukann lempeng anda tidak menjadi rata dan nipis seperti yang sepatutnya. Tahap kemasakan juga perlu diberi perhatian kerana jika ia terlebih masak anda sukar untuk melipat crepe anda dan yang paling ketara sekali ia tidak boleh terlebih masak kerana warna permukaannya akan menjadi tidak cantik selepas anda melipat crepe anda.
Kuali yang anda perlukan adalah jenis kuali tidak melekat iaitu ‘non stick pan’ yang bersaiz 8-10 inci. Kuali ini sangat sesuai untuk membuat crepe kerana crepe yang anda buat tidak akan melekat. Gunakan api yang sederhana supaya lempeng anda masak dengan cantik. Untuk intinya krim yang paling sesuai adalah jenis topping cream atau krim yang digunakan sebagai aising kek. Ia adalah jenis krim bukan tenusu yang diperbuat daripada minyak sayuran dan senang dibeli di pasaraya. Rasanya lebih enak berbanding dengan krim putar biasa. Selepas ia dipukul terpulanglah pada anda untuk meletakkan apa sahaja perisa seperti durian dan sebagainya. Jadi kepada penggemar-penggemar crepe bolehlah mencuba resipi crepe durian yang saya kongsikan ini. Ingat! Pelbagaikan perisa intinya jika anda sukar mencari durian ketika ini! selamat mencuba! Untuk resipi klik sini

2 comments:
layan lempeng di petang hari.. sambil dicicah kuah kari/sambal sardin.. uh lazatnya!
Chef azli..mana recipe yg chef buat demo masa openday kat uitm hri tu??
Catat Ulasan