Pages

14 Mac 2013

Tiramisu gaya Italy!

   Saya gelarkan pencuci mulut ini sebagai Tiramisu gaya Itali! kerana resipi dan gaya pembuatannya tidak banyak diubah dan beginilah orang Itali menikmati Tiramisu. Orang kita banyak mengenali Tiramisu ini sebagai sejenis kek walhal Tiramisu sebenar yang asli bukanlah sebiji kek tetapi ia merupakan krim keju yang dilapiskan bersama ladyfingers iaitu sejenis kek span lembut yiang berbentuk jejari. Ladyfingers garing di luar dan lembut di dalam dan ia adalah antara bahan utama membuat Tiramisu. Jika anda makannya begitu sahaja ia berasa manis! sedap jugak kalau makan macam tuh tau! Saya pernah berkongsi artikel berkenaan Tiramisu ini di dalam artikel saya sebelum ini tetapi apa yang menyebabkan saya ingin berkongsi resipi ini adalah kerana resipi ini sungguh ringkas dan mudah untuk dibuat. Bukan apa sebenarnya saya menjumpai resipi ini di paket bungkusan ladyfingers. Skodeng punya skodeng saya rasa resipi nih macam menarik ! apalagi saya cilok lah untuk saya kongsikan dengan anda semua!alamak dah terpecah rahsia pulak dahkan? hehe syyyyy... senyap senyap sudah! 

Lady Finger
  Mungkin ada yang tak mengenali apa itu lady fingers yang agak janggal dengan produk in. Ia boleh dibeli di kedai2 kek dan pasaraya-pasaraya terpilih. Selain itu resipi asli Tiramisu menggunakan keju yang dikenali mascarpone cheese. Keju ini memang lembut dan berlemak. Sehingga ada ulasan yang mengatakan bahawa tidaklah sah dinamakan ia sebagai Tiramisu jika ia tidak menggunakan keju mascarpone dan keju mascarpone tidak boleh digantikan dengan keju yang lain. Itu hanya andaian mereka sahaja. Ada aku kisah? hehe. Oklah jika pada mereka yang biasa dengan keju nih pasti perasan keju mascarpone agak mahal oleh itu untuk menjimatkan poket anda kita boleh menggunakan keju krim (cream cheese) untuk mendapatkan rasa seakan-akan keju Mascarpone, tetapi anda perlu melembutkan keju krim dulu kerana ia agak lebih keras dari Mascarpone cheese. Fuh!.. nasib ada keju yang boleh ganti keju Mascarpone kan? Seterusnya resipi tiramisu perlu menggunakan air larutan kopi bagi memberikan rasa pahit pada   juadah ini. Jika orang Italy dia akan mencampurkan arak (liquor) sikit dalam kopi dan dalam krim keju nih tapi kita nih takyahlah letak sebab haram hukumnya bagi kita yang beragama Islam hehe. 
     Yer resipi ini menggunakan telur yang mentah! Pasti ada yang rasa kurang confident dan rasa kurang selamat  untuk makan tiramisu nih  sebab guna telur mentah,  betul? Saya akui ia agak berisiko untuk ibu-ibu mengandung terutama yang usia kandungannya 3 bulan pertama dan kanak2 kecil serta orang2 tua juga kerana imunisasi mereka dan bayi yang dikandung rendah. Sebenarnya telur ayam kita di Malaysia nih agak berisiko untuk dimakan mentah jadi saya cadangkan agar telur yang anda gunakan itu harus dibasuh dengan betul dan sebersih-bersihnya, selepas itu celur/rendam sebentar telur dengan pantas dalam air panas  sebelum membuat tiramisu,  tapi yang paling penting pastikan kulit telur itu kita seterilkan dengan cara yang saya cadangkan tadi. Jika di Barat kita mudah untuk membeli telur yang telah diseterilkan tetapi di negara kita teknologi ini belum lagi digunakan. Kenalah buat dengan cara manual gitukan? bukan apa nanti ada perut yang manja tak boleh tahan pulak? sapa susah nanti? saya jugak yang nak menjawab hehe.  Saya harap resipi ini boleh menjadikan pembakar semangat untuk anda mencuba resipi ini. Percayalah resipi nih sangat mudah dan yang paling penting! walahhhh sedap yang amat!. Tak percaya? Kalau tak percaya boleh cuber, rasa tengok!. Ok selamat mencuba! Untuk artikel yang berkaitan tiramisu anda boleh klik disini.


Bahan-bahan
200gm ladyfingers
250gm keju mascarpone/keju krim
150ml air kopi pekat
60gm gula kaster
2 biji telur asingkan

Cara membuat
  1. Pukul Putih telur sehingga betul betul kembang dan kental. Ketepikan.
  2. Kemudian, letakkan kuning telur dan gula dalam mangkuk dan letakkan mangkuk yang mengandungi gula dan telur kuning atas periuk yang mengandungi air mendidih  selepas itu pukul gula dan kuning telur  sehingga menjadi pucat dan likat.
  3. Pukul keju mascaspone/keju krim bersama kuning telur dan pukul rata.
  4. Masukkan putih telur yang telah dipukul.
  5. Ratakan adunan keju atas mangkuk hidangan atau piring selapis.
  6. Celupkan ladyfingers dengan cepat dalam air kopi dan susun atas keju yang telah anda letakkan atas pinggan atau mangkuk. Ulang proses yang sama dengan lapiskan adunan keju atas ladyfingers pula dan lapiskan dengan ladyfingers yang baru yang telah dicelup dengan air kopi.
  7. Buat sehingga 2 lapis/3 lapis dan adunan keju anda itu habis. Pastikan adunan keju adalah lapisan terakhir di lapisan paling atas. Sejukkan selama 4 jam dan taburkan atasnya dengan serbuk koko apabila hendak menikmatinya!

4 comments:

zarina berkata...

telur mentah tak baik untuk ibu mengandung dan kanak-kanak kan chef? bakteria salmonella kan? tapi yang chef ajar panaskan telur kuning je. Telur putih tu takpe tak makan mentah?

Azli Razali berkata...

Ok terima kasih kerana soalan yang baik itu, yer telur kita di malaysia nih agak berisiko untuk dimakan mentah jadi saya dah tambahkan info agar telur perlu dibasuh dengan betul, selepas itu celur/rendam sebentar telur dengan pantas dalam air panas sebelum membuat tiramisu. Saya akui ia agak berisiko untuk ibu mengandung terutama yang usia kandungannya 3 bulan pertama dan kanak2 kecil juga jika imunisasi mereka rendah. tapi yang paling penting pastikan kulit telur itu kita seterilkan dengan cara yang saya cadangkan tadi.

zarina berkata...

ok tq chef

Tanpa Nama berkata...

Xguna tlur boleh ke?