Pages

31 Januari 2011

Waldoft salad dengan ayam bbq

SALAM dan Selamat hari Isnin korang! Mesti ada yang dah cutikan? maklum lah budak sekolah pun ada yang dah cuti. Orang bekerja pulak ambik kesempatan bercuti sekali hingga sampai tahun Baru Cina kan? senang. Apa nak kisah cuti pun banyak lagi betul tak? Apa menu untuk hari ini?. Sudah fikir2 nak masak apa. Kali ini cuba buat menu santai. waldoft salad dengan ayam bbq. Saja jer buat dua menu dalam satu. Nampak kelainan sikit. Menu ini saya kategorikan sebagai snek appetizer. Snek tuh pasal ada ayam bbq goreng dan appetizer tuh mengandungi starter daripada salad.  Tap ikalau rasa malas nak buat dua2 tuh, u all buatlah salah satu. Yang mana satu idaman kalbu! bak kata lirik P Ramlee. Ok happy mencuba!

Bahan-bahan
Salad
4 biji epal hijau-didadu
3 biji epal merah-didadu
1/2 cawan kacang walnut-cincang kasar
1 batang celery-didadu
1/2 cawan mayonis
1 sudu gula kaster
5 sudu oren jus

Bahan-bahan ayam
5 ketul drummet ayam 
1 biji telur
1/2 cawan serbuk roti (bread crumb)

Bahan-bahan sos
3/4 cawan sos bbq
1/4 cawan air
2 ulas bawang besar-cincang halus
2 ulas bawang putih-cincang halus
sedikit garam
sedikit lada hitam

Cara membuat
  1. Campurkan epal , kacang hijau, epal merah, walnut, celery, mayonis, jus oren, sedikit gula , garam, dan lada hitam. Gaul sebati.
  2. Untuk ayam, gaulkan 3 sudu sos bbq, garam, telur dan bread crumb. Gaul sebati.
  3. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga masak dan garing.
  4. Untuk sos tumis bawang merah, bawang putih. Masukkan sos bbq dan air. Masak sampai pekat.
  5. Susunkan salad dan ayam atas pinggan. Curahkan sos atas ayam yang telah masak.

1 comments:

cikmissy berkata...

hi, chef, look simple and delicious.nanti boleh cuba la.