MAHUKAN pencuci mulut yang paling senang di dunia nak buat? Selalu mengeluh kerana tak ada ketuhar dan pemukul kek di rumah untuk membuat pencuci mulut seperti kek? lupakan semua masalah itu! Kini tanpa semua itu anda mampu membuat pencuci mulut juga? hehe. Dah rasa macam menjual produk pelangsingan badan pulak dah haha. Ini bukan jualan mega ok, tapi ini saya nak mengajak anda yang takde kelengkapan seperti oven dan pemukul kek untuk membuat sejenis pencuci mulut yang paling senang kat dunia nih hehe.
Anda hanya perlukan senduk untuk memukul bahan-bahannya. kalau ada mesin pun lagi bagus sebab ia boleh mempercepatkan proses memukul keju nanti. Pencuci mulut nih adalah antara pencuci mulut yang paling saya suka buat bila kemalasan melanda diriku ini hehe. Kalau budak2 nih mesti diorang suka sebab ada rasa coklat dan keju. Nak tahu cara nya jom sama2 kita tengok bahan2 dan cara dia. Buat tau!
Bahan-bahan
1 buku roti chocolate atau butterscotch gardenia.
1 paket/ 250gm krim keju (cream cheese)
4 ketul buah peach-cincang sehingga halus
1/4 cawan air buah pic (keluarkan air dalam tin buah pic tu)
1/4 tin susu manis@ mengikut kemanisan yang anda suka
100gm ceri merah
Cara-cara membuat
- Pukul krim keju dan susu sehingga lembut dan sebati.
- Masukkan buah pic dan jusnya kedaalam keju. Kacau sehingga sebati.
- Ambil kepingan roti dan sapu atas roti.
- Susun buah pic dan ceri. Sedia untuk hidangan.
1 comments:
bagusnya resepi ni tq chef, ringkas dan cantik
Catat Ulasan