Pages

27 Januari 2011

Kek peach dengan cokies bersos


Kek peach dengan cokies bersos
SAYA memang suka menggunakan resipi kek mentega kerana saya boleh pelbagaikan rasa dalam keknya. Sebab jika anda tambahkan bahan lain dia dah jadi kek yang berlainan rasa. Samalah macam kek peach ini. Saya menggunakan asas kek mentega tapi saya berikan kelainan dengan menambahkan buah peach, dimakan pula bersama sos peach dan cookies. Anda boleh menggunakan sebarang jenis acuan tapi kali ini ini saya menggunakan acuan pai. Jadi kek ini nampaklah comel2 sikit dan yang paling penting dia cepat masak, so bolehlah cepat2 belasah kek ni kasi perabih hehe. Jadi kalau u all nak cepat2 perabih dan belasah kek ini apa lagi? cepat2 lah buat. Selamat mencuba!
Kek peach sebelum diterbalikkan
Bahan-bahan
Kek
250gm mentega
250gm gula
5 biji telur
250gm tepung halus/ tepung kek (superfine)
1 sudu teh serbuk penaik(baking powder)
4 ketul buah peach dalam tin-hiris


Bahan-bahan Sos
3-4 ketul buah peach dalam tin
1/2 sirap pic dalam tin ( gunakan air sirap dia)

Bahan-bahan-cookies


Cara-cara membuat kek
  1. Sapukan acuan kek bulat berukur 8inci atau acuan mengikut kesukaan anda seperti kek cawan @ acuan pai dengan mentega. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celsius.
  2. Pukul mentega sehingga gebu dan kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu. Kacau sebati.
  4. Ayak tepung bersama serbuk penaik.
  5. Kemudian masukkan dalam adunan kek. Kacau sebati.
  6. Tuangkan dalam acuan 3/4 penuh.
  7. Susunkan buah pic atas kek sebelum dibakar.
  8. Bakar kek selama 40-45 minit (jika menggunakan acuan kek) dan 20 minit jika menggunakan acuan kek cawan atau acuan pai atau apabila dicucuk dengan pencucuk kek ia tidak melekat.
  9. Keluarkan daripada ketuhar dan sejukkan.
  10. Terbalikkan kek dan tuangkan sos pic di atas sebelum menikmatinya.
Cara membuat sos
Masukkan semua bahan dan kisar dalam mesin pengisar. Pastikan pengisar bersih dari rasa benda2 asing seperti cili dan bawang.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

chef mintak tolong ajar wat peach cobbler