Pages

14 Januari 2011

Kek keju Dingin Pic

Bahan-bahan
Lapisan biskut
1 ½ cawan (210gm) biskut marie }kisar halus
1/2 cawan (100gm) mentega }dicairkan
1 sudu (15gm) makan gula kaster

Kek
2 paket (500gm) keju krim (cream cheese)
1/2 cawan (100gm) gula icing
3/4cawan (187.5ml) krim putar (whipping cream)
1 cawan(250ml) jus oren
2.5 sudu makan (30 gm)serbuk gelatin +1/2 cawan (125ml) air panas
2 ketul buah pic dalam tin } dadu/cincang halus

Hiasan
3 ketul buah pic dalam tin } hiris

Cara-penyediaan
  1. Gaulkan lapisan biskut dan padatkan dalam acuan kek keju (springform) bersaiz 12/13 inci. Sejukkan sebentar dalam peti sejuk.
  2. Untuk kek, pukul keju dan gula sehingga lembut.
  3. Kemudian masukkan jus oren dan krim. Pukul dengan kelajuan sederhana sehingga sebati.
  4. Bancuh gelatin dan air panas sehingga gelatin melarut dengan sekata. Kemudian masukkan dalam adunan keju dan kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan buah pic yang didadu dan kacau sebentar sahaja. Kemudian tuangkan atas lapisan biskut.
  6. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga set / keras.
  7. Keluarkan kek dengan meleretkan pisau panas di sekeliling tepi kek. Kemudian hiaskan hirisan buah pic atas kek .

6 comments:

Unknown berkata...

Menarik resepi ni ...tq for sharing chef!:)

Kaseh NazLieza berkata...

chef..terima kasih di ats resepi yg sedap lg mudah ini..sy dh cuba..sedap sgt2..

Tanpa Nama berkata...

kalau jus oren tu diganti dengan yogurt boleh tak?

Tanpa Nama berkata...

thanks freind...oppsss FRIEND. huhu

umie berkata...

saya dah buat semalam... edjust buat separuh je sebab cheese ada sebungkus je...mmg sedap sangat...

Tanpa Nama berkata...

ade ke x org buat kek cheese pkai roti cheese, cheese & susu tin kcil saje.... semalam kwn sye ade buat.tp rasenya.mmg sdp!!!!!!!