MEMBUAT jem tidaklah sesusah mana pun. Jem nangka ini saya buat bila saya tengok buah nangka di kampung dah terlalu masak. Kalau nak makan tak berapa sedap pasal dah lembik. Dekat belakang rumah saya di kampung tuh ada pokok nangka.Bila berbuah itulah yang untungnya. Maklumlah kat kampung ada kebun, macam-macam pokok ada.
Tapi entah macamana nangka tuh dah gugur selepas dia masak ranum. Tuh yang terlebih masak tuh. Oleh kerana tanak membazir so saya buatlah jam nangka. Hanya gula yang dijadikan sebagai bahan pengawet dalam jem ini maka ia boleh tahan selama lebih kurang 1 minggu lebih sahaja lah. Jika disimpan dalam peti sejuk, bolehlah tahan lebih lama. Anda boleh juga menggunakan buah lain seperti rambutan dan cempedak.
Bahan-bahan

1 kg buah nagka masak- kisar halus
350gm gula pasir
15 sudu tepung sagu
1 cawan air
Cara membuat
- Masakkan nangka dengan gula sehingga mendidih.
- Bancuhkan tepung dengan air kemudian campurkan dalam nagka dan kacau sehingga jam pekat.
- Tutup api dan biarkan sejuk.
6 comments:
Salam Chef..ada resepi tart nangka tak?Popular kat terengganu tapi akak tak pernah rasa pun..
wow 1st time dgr jem nangka!sdp jer nmpak..
Assalam....nk tnya,kalau tepung sagu tu dk letk boleh ke?
Selain tepung sagu, boleh gantikan dgn tepung apa?
Kalau tak letak lagi sedap
Ada tips tak tuk jem tahan lebih lama
Catat Ulasan