Pages

28 Disember 2010

BISKUT SAMPERIT

Bahan-bahan
220gm (1 cawan) mentega
150gm (¾ cawan) gula kastor
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
350gm (1 ¾ cawan) tepung gandum } diayakkan
130 g (½ cawan+2 sudu besar tepung jagung } diayakkan
30 gm( 2 sudu besar) tepung kastad } diayakkan

Cara penyediaan

  1. Pukul mentega dan gula sehingga gula hancur dan sebati.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau sehingga rata.
  3. Masukkan tepung yang telah diayakkan dan gaulkan sehingga rata.
  4. Masukkan adunan dalam acuan samperit dan tekan atas loyang pembakar yg telah disapukan majerin.
  5. Bakar anggaran 10-12 minit dengan kepanasan suhu 180 darjah C.
  6. Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara.

3 comments:

Jejah_Johan berkata...

hey!! sapa bilang kuih melayu x sedap.. semperit is mesti n wajib during raya kay... my fav

Tanpa Nama berkata...

chef!!!kuning telur tu kuning dgn putih dia kena asingkan ek

Suzana cookies berkata...

saya dah cuba resepinya. rasanya sangat sedap. terima kasih untuk resepinya.