LASAGNA menggunakan pasta yang dinamakan lasagna. Lasagna berbentuk 4 segi tepat. Cara membuat lasagna adalah dengan melapiskan sos daging, lasagna dan sos bechamel secara berselang seli, di atas lasagna pula ditaburkan keju sebelum dibakar. Terdapat dua cara untuk menyediakan lasagna ini sebenarnya. Anda boleh menggunakan kepingan lasagna yang belum direbus semasa hendak melapiskannya. Tetapi sos anda perlu basah sedikit supaya kepingan lasagna boleh menyerap cukup air dan ia boleh masak dengan elok.
Selain itu anda boleh memasak kepingan lasagna tetapi saya cadangkan anda rebus 1/4 masak tetapi pastikan sos tidak terlalu basah supaya lasagna yang telah direbus itu tidak menyerap banyak air yang akan menyebabkan lasagna lembik. Bakarlah seperti biasa di dalam oven menggunakan api atas dan bawah yang sebaik-baiknya. Lasagna yang telah masak boleh dibekukan. Jika ingin makan bawa keluar dan panaskan dalam oven microwave.Tepi pastikan acuan anda bukan diperbuat daripada besi kerana besi akan merosakkan microwave pula nanti.
Bahan-bahan
250gm keju mozarella
100 gm keju parmesan
1 paket lasagna
500 liter sos daging/bolongnaise
500liter sos bechamel/susu
Bahan-bahan sos Bechamel
40gm mentega-untuk roux
40gm tepung-untuk roux
500 ml susu
Secukup rasa garam
Secukup rasa lada putih
Bahan-bahan Sos daging
250gm (1 paket kecil) daging kisar
1 tin puri tomato
2biji bawang besar-hiris
3 ulas bawang putih-cincang halus
3 sudu makan minyak zaitun /minyak masak
½ sudu makan herba campuran (mixed herbs thyme, marjoram,oregano)-pilihan, boleh dibeli di pasaraya
1 cawan air
2 ketul kiub daging
Secukup rasa serbuk lada hitam
Secukup rasa garam
Cara cara penyediaan sos
Sos bechamel:
- Sediakan roux dahulu untuk membuat sos bechamel dengan mencairkan mentega. Kemudian masukkan tepung dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan susu kemudian didihkan sambil kacau dengan wire whisk sehingga pekat seperti tekstur yogurt. Jika terlalu pekat tambahkan susu jika kurang pekat tambahkan roux .
- Perisakan dengan garam dan lada putih. Ketepikan.
Sos daging / bolongnaise:
- Tumis bawang besar, bawang putih dan herba campuran sehingga harum.
- Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging masak.
- Masukkan puri tomato, air dan kiub daging. Biarkan ia mendidih.
- Perisakan dengan lada hitam dan garam
Untuk menyediakan lasagna:
- Rebus lasagna 1/4 masak dan ketepikan .
- Sapukan acuan 20cmx15cm dengan sedikit mentega.
- Tuangkan sos daging lebih kurang satu senduk dan ratakan seluruh acuan dengan sos daging lebih kurang 1.5-2 cm tebal.
- Kemudian ambil lasagna dan tutupkan sos daging tadi hingga memenuhi acuan.
- Lapisan seterusnya, tuangkan sos bechamel atas pasta lasagna dan ratakan ke seluruh kepingan lasagna tadi. Taburkan dengan keju mozarella.
- Tutup lapisan bechamel dengan kepingan lasagna.Ulang proses ini sehingga 3/4 penuh acuan.
- Lapisan teratas adalah tuangkan sos daging dan tuang sos bechamel secara berselerak/rawak dia atas sos daging. Taburkan keju mozarella dan keju parmesan diaatas. Bakar pada suhu 175 darjah celsius selama 40-45 minit atau sehingga menjadi keperangan. Sedia untuk hidangan.
6 comments:
wahh, lame gile cari resepi ni.
thanx 4 sharing.
sedaapnyer!
tak cukup tu kalau satu sj....
tk...sudah lama mencari resepi ini...best - insyaAllah akan dicuba
my peberet too...sedapnya...
sedap!sedap!dah buat!tq.huhu
Catat Ulasan