Pages

24 Disember 2010

Kek Keju New York

RESIPI kek keju ini adalah resipi di dalam ruangan Dari Dapur Azli Razali yang telah saya tuliskan. Sila klik di sini untuk mengetahui teknik  menghasilkan kek keju bakar. Semoga anda gembira dengan hasil kek keju yang anda hasilkan dan nikmatilah kek keju itu bersama orang yang tersayang-rakan2 atau kaum keluarga.


Bahan-bahan Lapisan biskut
2 cawan (200 gm) biskut kisar- guna biskut marie atau biskut yang digemari
1/4 cawan (50 gm) gula kaster
½ cawan (115 gm) mentega- cairkan


Bahan-bahan Kek
500 kg krim keju (cream cheese), suhu bilik
1/2 cawan (105 gm) gula kaster
2 sudu makan (15gm) tepung jagung
3 biji telur, suhu bilik
1/2 cawan (125 ml) krim putar( whipping cream)
1 biji (1/2sudu makan) parutan kulit lemon-ambil bahagian kuning sahaja
2 sudu makan jus jus lemon
1/2 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara penyediaan
Sapukan acuan kek keju (springform) bersaiz 23 cm dengan sedikit mentega. Kemudian balutkan bawahnya dengan pambalut plastik (plastic wrap) atau pembalut aluminum (aluminum foil); Letakkan spring form atas dulang pembakar yang mengandungi air. Panaskan oven pada suhu 180 darjah Celsius.


Lapisan biskut
Hancurkan biskut menggunakan mesin kering kemudian campurkan mentega dan gula. Gaulkkan adunan biskut sehingga ia boleh dikepal. Padatkan adunan biskut di dalam acuan kek keju (springform). Pastikan biskut betul-betul dipadatkan setebal 1-1.5 cm memenuhi sekeliling lapisan bawah acuan dengan menekannya. Letakkan dalam peti beku (freezer) sebentar sementara anda menyediakan kek.


Kek

  1. Pukul keju gula dan tepung di dalam mangkuk sehingga sebati. Pukul dengan kelajuan sederhana selama 3-4 minit, kaup balikkan keju yang melekat pada dinding mangkuk dan sambung memukul sebentar sehingga betul-betul sebati.
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebentar. Masukkan krim, kulit lemon dan jus lemon. Kacau sebentar.
  3. Keluarkan spring form berisi biskut tadi dan tuang ke dalamnya.
  4. Bakar dalam oven dan selepas 20 minit turunkan suhu pada 130 darjah celsius. Sambung bakar selama 40-50 minit atau sehingga kek menjadi perang dan tengahnya masih kelihatan sedikit lembab dan sedikit bergoyang apabila disentuh.
  5. Padamkan api dan biarkan sebentar dalam ketuhar lebih kurang 5 minit. Keluarkan daripada ketuhar dan biarkan ia sejuk. Keluarkan kek dari acuan dan simpan dalam peti sejuk 3-4 jam atau semalaman.
  6. Sebelum keluarkan kek lurutkan pisau yang halus atau spatula di sekeliling tepi dinding dalam acuan kek (kek akan mudah keluar dan tepinya licin apabila dikeluarkan setelah sejuk). Ini akan mengelakkan kek daripada retak dan pecah.
  7. Kek sedia untuk dipotong.

4 comments:

Nur Ain Aan berkata...

sedapnya ..

inabu berkata...

chef, sy rasa link teknik hasil kek keju tu ada problem, once sy klik, terus ke main page...

Tanpa Nama berkata...

cream cheese tu 500KG?? salah taip ke. bpe kotak kena beli cmtu. 500g je kan. nak tanye kalo butter yg cair utk gaul ngn biskut guna kurang dr 115g blh x. sbb igt nk gne oreo n blend skali ngn krim nye. so cm dah ade additional 'glue'. pendapat incik azli mcm mne? sy nk try gak kek ni time raye nt.

Tanpa Nama berkata...

salam,
saya nak tanya, kenapa ada perbezaan sukatan antara bahan2 dalam blog ni dan yang tersiar dalam akhbar? yang mana satu perlu diikut?