Pages

29 Disember 2010

Orange Cup cake@kek cawan oren

Bahan-bahan (Menghasilkan anggaran 25 biji kek cawan.)
250 (1  1/4 cawan) gm mentega
230 gm( 1 1/4) gula kastor
5 sudu oren sunquick

5 biji telur Gred B
270-300 gm( 1 1/4 - 1 1/2 cawan)  tepung halus (superfine)- diayak dengan serbuk penaik
1 camca teh serbuk penaik - diayak dengan tepung
1 camca teh vanila


Hiasan
Aising
Parutan coklat
Pewarna
Cara membuatnya
  1. Putar mentega, gula sehingga gebu. Masukkan oren sunquick dan kacau.
  2. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul sebati setiap kali.
  3. Campurkan bahan yang diayak, kacau sebati.
  4. Bila sebati, timbang sebanyak 44 gm untuk setiap cawan kek (saiz sederhana) atau paipkan 3/4 penuh.
  5. Bakar pada 180 C selama 20-25 minit atau hingga masak.
  6. Biar kek sejuk sebelum dihias.
AISING MENTEGA SUSU
(Untuk menghias kek cawan)
Bahan-bahan
110gm  (1/2 cawan) mentega
150( 1 1/2 cawan) gm krimwell
110 gm (1/2 cawan) susu pekat
1/2 camca teh esen vanila
Pewarna mengikut kesukaan
Untuk aising coklat (dipukul sekali dalam langkah 1)
15 gm (1 sudu makan) serbuk koko, diayak
1 camca besar susu cair
Cara membuatnya
1. Pukul semua bahan dengan pemutar elektrik.
2. Pastikan berhenti sekali-sekali dan kacau dengan spatula supaya semuanya sebati.
3. Bila kembang, pucat dan gebu, bahagikan mengikut warna yang dikehendaki.
4. Untuk menghias ratakan kek cawan dan sapulah  kek dengan aising.
5. Hiaskan mengikut cita rasa masing-masing.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

nak ty, tak payah masukkan icing sugar ke?
terima kasih :)

Tanpa Nama berkata...

maaf. soaln tadi untuk cara membuat icing.