Aduuh! penat rasanya badan. Semalam sangat busy menyiapkan projek2 buku kedua saya yang di Kota Damansara. Badan pun dah lenguh, mata pun dah longlai, tangan pun dah layu cam tak betul. Sebenaqnya bila balik2 jer tadi adalah member FB saya Zaza Faranaz Ismail nama si dara pingitan ini heheh, dia mintak saya resepi Udang masak lemak dengan nanas yang telah saya publish di Utusan Malaysia beberapa minggu yang lalu.
Katanya, bapanya beria-ria menyuruh dia masak lemak cili api tuh .
Katanya, bapanya beria-ria menyuruh dia masak lemak cili api tuh .
Kesian kat ayahandamu! sampai hati membiarkan bapamu yang tercinta mengidam udang masak lemak. Nanti kes cita batu belah terlangkup pulak nanti. Jangan tanggang! kikikik. Kata si Zaza lagi bapanya senegeri dongan eden! Mana lagi takkanlah negeri Dibawah bayu pulak kan. Dah nama masak lemak cili api dokek mano lagi jang? kek nogorhi sombilan lah! Terlupa pulak nak tanya nama bapak nya! tapi eden boleh agak kot dari nama ekau Zaza. Namo ayah ekau Ismail kan botol tak? hehhe. Ok lah Zaza resepi pun dah ditampalkan kat sini den harap lah bobonar biso bonar ekau cubo resepi eden nih yor! kim salam kek bakal pak mentuo eden eh silap! kikikik sebenarnya nak wusha adik hang jer heheh, (eleh ayat tak boleh blah kan, adikkah?) sobonarnyo Kim salam kat Pak Mail ajo yo dan adik pompuan sekali ehhe. Cakap kek dio hidup warih!
Kepada siapa2 yang nak baca artikel pasal masak masak lemak cili appi sila klik di sini.
Bahan-bahan
500gm udang harimau
3 ulas bawang kecil
1 genggam cili api
1 inci kunyit segar
700 ml santan segar/kotak
½ biji nanas muda
Secukup rasa garam
Cara-cara penyediaan
1. Potong nenas kecil-kecil kemudian rebus , tapis dan ketepikan.
2. Kisar cili api, kunyit, bawang merah dengan 1 cawan santan.
3. Masak bahan kisar dan lebihan santan sehingga mendidih.
4. Kemudian masukkan nenas dan udang. Biarkan mendidih
5. Padamkan api dan siap untuk dihidangkan.
TAMMAT
3 comments:
hahah....tergelak i baca blog u...hahah....i tak faham sangat tapi my dad mesti faham...haha....adik? bila pulak ekau nampak adik eden?? hahahah....ok ok, thank u so much yea....minta minta jadi, kalau tak jadi kena bawak azli la masak kat rumah! hahah :)
ada setengah buh kerisik jugak.
cubalah.best
:)
slm..mtk resepi yer...
Catat Ulasan