Sayur
kangkung turun harga dan berita ini memang benar-benar! Sebelum ini cerita penurunan harga kangkung oleh PM kita mendapat
berita yang sangat meluas di media massa. Dengan pengumuman penurunan harga
sayur kangkung itu telah membuatkan ramai yang memuat naik cerita tentang sayur
ini dalam status facebook mereka. Bermacam-macam cerita tentang kangkung yang
dimuatnaikan mengikut cara masing-masing. Ada juga yang membuat parody lucu tentang
kangkung dengan begitu kreatif. Kelakar pula membaca tentang cerita kangkung
itu. Tiba-tiba pula ia menjadi sensasi! Walaupun cerita tentang kangkung agak
suam-suam berbanding sebelum ini tapi saya tetap mahu bercerita tentang
kangkung kerana ada infomasi yang baik untuk kesihatan sebenarnya sayur
kangkung ini ya.
17 Februari 2014
Kerabu Daging dengan Kangkung
Bahan-bahan
160gm
kangkung
250gm daging
100gm
kentang
1 biji
bawang besar-hiris
3 batang
serai-hiris
50gm daun
selasih-hiris
2 biji cili
merah-hiris
10 biji cili
padi-hiris
2 ½ sudu
besar jus limau nipis
¾ cawan
kelapa parut putih
80gm kerisik
Secukup rasa
garam
Labels:
Daging
12 Oktober 2013
Kuah Rojak Buah Kakcikku!
Kadang kala ada juga saya ke pasar malam membeli juadah untuk isi perut yang kebulur nih jadi kesempatan saya berkunjung
di pasar malam saya ada terlihat ada orang yang menjual rojak buah di sana dan
mungkin pada sesiapa yang berminat untuk berniaga kuah rojak atau rojak buah
bolehlah menggunakan resipi kuah rojak yang saya kongsikan minggu ini. Jika
tidak menggunakannya untuk sumber pendapatan sampingan sekalipun anda bolehlah membuatnya
dirumah untuk dimakan sendiri. Saya harus berterima kasih kepada kakcik saya Puan Sarimah kerana berkongsi resipi ini dengan saya. Apabila merasa kuah rojak yang
dibuatnya terus sahaja saya meminta resipinya untuk dibuat sendiri dirumah
ternyata rasa kuah rojak kakcik saya ini sungguh sedap sehingga menjilat jari.
Kalau tak caya cubalah sendiri! Rojak buah boleh dikategorikan sebagai salad
namun kebanyakan lebih gemar mengambilnya sebagai makanan sampingan. Hidangan
ini merupakan hidangan yang sihat kerana menggunakan buah-buahan tropika
seperti mangga muda,nanas, jambu air dan jambu batu. Semestinya buah-buah ini
mampu membuat kita kecur lidah terutamanya mangga muda!.
Labels:
snek
02 September 2013
Salad Epal
Salad ini adalah antara salad yang paling mudah nak buat. Selain itu salad ini juga berkhasiat untuk anda kerana buah epal memang kaya dengan pelbagai vitamin antaranya vitamin C dan ia juga mengandungi tinggi antioksida. Kalau tidak takde lah kata-kata an apple a day can keep the doctor away kan?. Oklah apakata kita sihat selalu dengan makan epal!
Bahan-bahan
2 Biji epal hijau
2 Biji epal merah
¾ cawan mayonis
¼ cawan jus limau
Secukup rasa garam, gula dan lada sulah
Cara membuat
Kupas epal dan potong dadu kemudian campurkan
semua bahan dan gaulkan sebati.
Hero Dapur
![]() |
| Bersama pengarah Shuhaimi Lua |
![]() |
| Tgh memasak bersama aesar Mustafa |
![]() |
| Selesai Shooting |
Assalamualaikum & salam sejahtera. Minggu lepas saya sempatlah merakam satu segmen Chef Blogger untuk program masak memasak iaitu Hero Dapur terbitan Tanah Beris Production Sdn Bhd. Segmen ini dihoskan oleh Aesar Mustafa dan Nik Micheal tayangan untuk TV2 dan segmen ini lebih kurang 7-8 minit sahaja. Jadi saya telah menunjukkan satu resipi ringkas dan sihat iaitu roti sapuan kentang lenyek untuk semua penonton rancangan ini. Ok pada mereka yang nak dapatkan resipinya kena tunggu siaran program ini very2 soon dan yang pastinya saya akan war2kan bila program ini akan bersiaran. Saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pengarah rancangan ini yang berkaliber dan kreatif dan namanya sedang meletup letup naik sekarang ini iaitu saudara Shuhaimi Lua kerana sudi mengundang saya sebagai chef jemputan, kepada hos Aesar Mustafa dan team produksi yang sangat best!
Labels:
Berita DDAR
Langgan:
Catatan (Atom)












