Pages

08 November 2010

Ayam Masak Tomato

Menu sihat Jelita
Ruangan: Rencana
Majalah: Jelita bulan September 2010
Susunan: Siti Shahila Ahmad dan Chef Azli Razali
Gambar: Nik Mohd Shahril Nik Mohd Nor



Pastikan ayam dibuang kulit kerana kandungan minyak tepu pada kulit mengandungi kolesterol tinggi. Teknik memasaknya juga berlainan kerana tidak menggunakan minyak. Tomato mengandungi sumber antioksidan seperti anthocyanin dan lycopene yang baik untuk mengurangkan risiko sakit kanser payu dara dan prostat. Susu cair yang menggantikan santan juga membekalkan kalsium kepada badan.

07 November 2010

Kerabu Tauge dengan Ikan Kembung

Ruangan: Rencana (Menu sihat Jelita)
Majalah: Jelita September 2010
Susunan: Siti Shahila Ahmad dan Chef Azli Razali
Gambar: Nik Mohd Shahril Nik Mohd Nor

Hidangan ini mengandungi pelbagai zat seperti protein dan vitamin C. Selain itu, khasiat pada tauge berupaya menyingkirkan lemak tidak baik dan dikatakan sumber antioksidan terbaik untuk tubuh. Pastikan tauge tidak dicelur sehingga layu kerana khasiatnya akan hilang.  
Resipi ini lebih sihat kerana tidak menggunakan bahan daripada kelapa dan dengan itu mengurangkan lemak dalam hidangan. Kerabu ini tidak perlu ditambah garam kerana rasa masin daripada sos ikan, belacan dan udang kering. 

06 November 2010

Lempeng Pisang Sihat


SARAPAN ini sangat berkhasiat kerana mengandungi sumber nutrisi lengkap seperti karbohidrat daripada tepung selain protein dan lemak daripada telur. Hidangan ini kaya dengan serat daripada pisang dan mangga dan dapat menjana tenaga kepada mereka yang bekerja.
Vitamin daripada buah-buahan segar dan susu yang membekalkan kalsium membantu melengkapkan keperluan badan. Menariknya, daun pisang digunakan bagi menggantikan minyak dan aroma yang menyerap ke dalam lempeng dapat membangkitkan selera.
Madu yang digunakan juga mempunyai pelbagai khasiat seperti menambah stamina dan melancarkan sistem darah dan anggota dalaman.
Jika ingin menggunakan minyak, pilih minyak jagung yang lebih menyihatkan. Untuk rasa lebih enak, tambah Nestum atau oat dan pelbagaikan buah-buahan seperti kiwi, strawberi dan anggur. Perlu diingat, kurangkan makanan berlemak pada waktu pagi.

Bahan A:
1 cawan tepung
1½ cawan pisang lenyek  
3 camca besar gula pasir
1 camca teh serbuk penaik
½ camca teh soda bikarbonat
1½ cawan susu segar
1 biji telur
¼ cawan sagu

05 November 2010

Pak Ali buat Filo pastry dan Apple Strudel?

JOM tengok Pak Ali buat filo pastry dan apple strudel secara tradisional walaupun ada yang instant di pasaraya tapi pak Ali tetap dengan cara nenek moyangnya yang tradisi ini untuk membuat apple strudel . So apa lagi kalau taknak buat secara tradiasional leh beli yang dah siap ada dijual dipasaraya jer senang gitu! ahak! Selamat menonton!

A Baker's Odyssey: Apple Strudel Recipe