Ayam
percik merupakan juadah tradisioanal melayu yang mempunyai identitinya
tersendiri. Ianya menggunakan pelbagai bahan masakan Melayu asli. Untuk
pengetahuan anda, sebenarnya ayam percik membawa maksud yang ayam itu akan
dipercikkan dengan kuah percik semasa ia dibakar atas pemanggang arang. Dengan
percikan kuah yang dilakukan sepanjang proses membakar ayam itu maka rempah-rempah
akan meresap dalam ayam dan akan memberikan rasa yang enak bersama aroma asap salai dalam ayam itu. Menu ini merupakan
juadah yang sering juga.saya sediakan apabila balik kampung kerana keluarga
saya memang suka makan ayam percik yang saya sediakan.
Namun demikian ayam
percik yang saya sediakan adalah mengikut stail saya sendiri. Jika saya
menyediakan ayam percik saya akan memasak ayam itu bersama kuahnya sehingga
separuh masak dan kemudian barulah ayam itu dibakar sehingga masak dan garing.
Ini membuatkan ayam lebih cepat masak. Saya ebih suka membakarnya dalam ketuhar
sahaja. Cara yang lebih moden dan cepat. Bukan apa jika membakar menggunakan
arang kita perlu sabar luangkan sedikit masa untuk memasang api untuk bara dan
perlu sentiasa menunggu ketika membakarnya. Kalau tidak nanti hangus pula ayam itu
nanti. Tapi tidak dapat nafikan menggunakan cara tradisonal untuk membakar ayam
percik menggunakan arang memang cara terbaik keenakan ayam percik akan lebih
terasa kerana arang itu. Jika kita mengunjungi pasar tani atau pasar malam Ayam
percik merupakan menu yang pasti dijual di sana. Ayam percik asli akan dibakar
dan disajikan bersama sos percik. Kuah percik yang sering kita dapat rasa di
pasar malam atau tani selalunya berwarna merah. Namun tahukah anda sebenarnya
kuah percik boleh disediakan dengan pelbagai versi. Jika anda ke Kelantan anda
akan dapati kuah ayam percik di sana berwarna putih kerana resipi
tradisionalnya tidak menggunakan cili kering dan Cuma santan dan bahan-bahan
lain sahaja yang dipekatkan.Kuah percik perlu likat dan ia perlu rasa lemak
daripada santan segar yang digunakan. Sebaiknya anda perlu menggunakan santan
segar kerana jika menggunakan santan segar tekstur akan sedikit pecah minyak
dan berkilat. Berbanding mengunakan santan kotak atau serbuk. Jadi pada minggu
ini saya kongsikan resipi ayam percik yang dibakar menggunakan ketuhar. Jika
anda suka bolehlah dibakar menggunakan arang selamat mencuba!
Ayam percik
Bahan-bahan
1.4 kg ayam-potong sederhana/ kecil
120 gm bawang kecil- dikisar
30 gm halia - dikisar
20gm lengkuas – dikisar
½ inci kunyit-dikisar
40 gm bawang putih - dikisar
3 batang serai - dikisar
5 sudu makan gula
1 ½ sudu stok ayam serbuk
½ senduk cili mesin
¼ senduk sos cili
4 biji buah keras- dikisar
1 biji santan
Secukup rasa garam
Cara membuat
- Tumiskan semua bahan kecuali santan dan sos cili sehingga wangi. Kemudian masukkan santan, sos cili dan ayam. Biarkan mendidih dan masak ayam sehingga separuh masak.
- Asingkan ayam dan bakar dalam ketuhar atau atas dapur arang. Separuh masa percikkan kuah atas ayam. Kuah yang lebih perlulah dimasakkan sehingga pekat untuk disajikan dengan ayam yang telah dibakar.
8 comments:
roti sapuan kentang... nice to try
Nampak mcm istimewa saya nak cuba.
insya Allah..nak cuba..sedap tu
boleh try ni.saya dan suami mmg hantu ayam.hahah...
ayam percik sempoi. memang sempoi la. sedapnya macam lapar plak ni.
Dah lama teringin nak try buat ayam percik tapi sebab nampak macam susah je tu yg x buat2 lg..
Yg nampak macam senang je..boleh la try nanti :)
Salam Boss AZLI RAZALI,
May I know What is the difference between the following?
1.) Ayam bakar,
2.) ayam golek
3.) Ayam Percik.
Catat Ulasan