Pages

07 Februari 2011

Resipi Rahsia Chef Muda

Sudah2! cukup2 lah cuti tu... cuti   lama2 buat apa? mengalahkan orang cina rayer pulak hehe. Org Cina yang beraya kat Hongkong tuh pun dah keje balik tau. Silap2 meka pun ada yg tak rayer. Takperlah itulah namanya satu Malaysia kan?. Ohh Rindunyerrr pada rutin biasa aku. Apa lagi!, berblogging la haha. Beberapa hari nih, saya pencen sementara waktu, maklum lah kat kampung tuh line internet beruk band aku nih memang lembab cam siput! daripada sakit jiwa bukak, baik aku tak yah bukak terus hehe. Cuti yang lepas nih saya agak sibuk! kalau kenduri tuh jangan citalah memang adajer. Ha kali ini chek nak cecita sikit kat u all pasal artikel buku baru chek yang keluar kat Utusan Jumaat lepas. Minggu lepas saya ambik kesempatan ( bukan ambik kesempatan  lain ok!) kang korang pikir chek ambik kesempatan lain pulak hehe. Sebenaqnya chek ambik kesempatan pi buat  promosi buku terbaru chek tuhlah kat Utusan Malaysia, KOSMO  dan majalah Saji.

Pada hari Selasa lepas bila chek pi Utusan, saya berkesempatanlah kenal  dengan mamarazi yang menulis artikel nih. Saya panggil dia kak Shol ( bukan kasut scholl tuh tau! walaupun sebutan dia memang dah nak sama hehe. Ya ampunn.. maaf yer  kak Shol melawak jerk! hehe. Nama sebenar akak nih Sholina. Bila aku dengar jer nama dia,  terus aku cakap wah glamer giler nama akak! cam artis fofular hehe... yelah sebab baru first time saya dengar nama tuh.. pelik tapi benar! tapi menarik dan unik hehe. p/s puji ikhlas dari Lubuk Cina nih taaau. Borak punya borak dengan kak shol nih, rupernya dia nih peminat laman blog masakan tau. Walaupun dia buzy dgn assignment tapi dia tetap curik masa menyekodeng blog masakan katanya (walaupun boss dia duk kat depan jer, ada aku kisah katanya hehe. Kalau tak sekodeng laman masak, selera  makan dia akan menurun secara mendadak katanya hehe! Maklum lah laman masakan kan! Borak punya borak, tanya punya tanya, rupernya kak Shol nih peminat Tegar berani mati laman web Mat Gebu rupernya. Blog (klik disini-> Dapur Tanpa Sempadan) Mat Gebu nih memang menjadi pujaan jantung dan buah pinggang byk org termasuklah akak shol. Kali nih aku pulak jadi ala2 wartawan duk menyibuk menanya laman web mana yang akak shol paling suka sekodeng. Wah memang popular laman web mat Gebu nih tau sampai mamarazi pun terjah pi masuk blog dia.

Kalau sehari tak masuk katanya hati akan berasa duka nestapa pasal tulisan mat Gebu sentiasa menghiburkan hati dan makanan dia menghairahkan nafsu makan hehe. Fuhh!Syabas kepada Mat Gebu yer. Anda memang kreatif dan berbakat! Anyway berbalik pada story artikel saya tadi yer, saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Editor Keluarga kak Siti   kerana memberi peluang untuk saya mempromosi buku dan bakat yang saya ada dalam ruangan MODE dan kepada kak Shol thanks a lot for your beautiful writing. Lenkali kita cecita lagi pasal blog yer hehe. Ok di bawah nih saya selitkan lah artikel yang dah keluar dalam Utusan tuh yer. Kali nih post saya takde cecita pasal makan lah. Saya cecita pasal artikel buku saya lah pulak yer sebab ada story behind the scene semasa saya menghasilkan buku nih nak tau apa dia u all bacalah yer hehe.

Akhbar Utusan Malaysia
Tarikh: 4 Februari 2011/Jumaat


CUMA guna lima hingga enam bahan. Ini sahaja yang menjadi rahsia bagi chef muda, Mohamad Azli Razali bagi menghasilkan buku Resipi Ringkas.
Jelas Chef Azli, 34, nampak sahaja bahan yang digunakan sedikit tetapi sebenarnya setiap resipi yang dihasilkan bukan sahaja sedap malah cepat untuk disiapkan.
“Semua 37 jenis resipi ini terdiri daripada lauk-pauk, sup dan snek ala Melayu, Cina, India dan Barat yang sesuai untuk dicuba oleh wanita masa sekarang yang terlalu sibuk,’’ katanya.
Katanya, penerbitan buku masakan hasil nukilannya yang kedua itu dikhususkan bagi wanita yang sibuk dengan kerjaya.
Malah kata Chef Azli, bahan-bahan yang diperlukan untuk setiap resipi yang dimuatkan di dalam buku itu juga mudah diperoleh.
“Saya juga memasukkan produk Maggi sebagai salah satu bahan dalam setiap resipi,’’ katanya.
Tambahnya, sememangnya kini sudah menjadi satu kemestian kepada suri rumah menggunakan produk Maggi bagi menyedapkan masakan.
Beliau berkata, setiap resipi yang terdapat dalam buku berkenaan antaranya kerabu tomato dan ikan bilis cuma mengambil masa dalam lima hingga 10 minit untuk disiapkan.
Tambahnya, bahan yang digunakan juga mudah seperti ikan bilis biasanya antara bahan kering yang sememang ada dalam simpanan di rumah dan begitu juga tomato.
Chef Azli memberitahu, beliau hanya mengambil masa selama lima bulan menjalankan kajian untuk menghasilkan resipi menggunakan lima hingga enam bahan ini yang ditentukan oleh penerbit, Sky Publishing House.
Jelasnya, ada cerita menarik di sebalik buku berkenaan yang beliau anggap sebagai satu cabaran dalam usaha menyiapkannya.
“Saya mendapat panggilan untuk disegerakan penggambaran buku resipi ini sedangkan ketika itu baharu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur kerana mengikut janji asal telah ditetapkan pada hari berikutnya,’’ katanya.
Bagaimanapun katanya, disebabkan berlaku kesilapan komunikasi antara pihak penerbit dan jurugambar maka penggambaran perlu dilakukan pada hari yang sama beliau tiba di Kuala Lumpur.
“Bayangkan mana nak cari barang dan pembantu lagi sebab ia berlaku dalam keadaan terdesak tetapi Alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan lancar,’’ katanya.
Katanya, sesi penggambaran termasuk masa yang digunakan untuk beliau memasak 37 resipi itu bermula dari pukul 6 petang hingga 3 pagi.
Beliau menjelaskan, setiap resipi memang telah telah diuji dan pastinya tidak sukar untuk pembaca mencuba.
Menurut Chef Azli, sesiapa yang berminat boleh mendapatkan buku itu di kedai-kedai buku terpilih di seluruh Malaysia dengan harga RM18 senaskhah.
Ia juga boleh dibeli secara pos yang berharga RM25 senaskhah termasuk caj penghantaran pos ekspress.
Katanya, untuk pembelian secara pos boleh masukkan bayaran ke akaun Maybank (112080571369) dan salinan resit pembayaran itu perlu diemelkan kepadanya di alamat azlirazali77@yahoo.com atau fax ke 04-382368.

8 comments:

Mat Gebu berkata...

Tahniah chef...

Azli Razali berkata...

Che Mat Tima kasih! tahniah gak kat CMG pasal ramai peminat hehe

Zamri berkata...

Ternampak buku you di bookstore itu hari. Siap boleh cakap kat nyonya tu, "eh, ini saya punya kawan". Alamak, siap ngaku kawan la lagi, w'pun x penah jumpa batang hidung. Haha.. xper kawan se-blogosphere kan.
Nway, great effort. Nak beli gak soon. Nk try masak sedap2 sendiri plak. =)

mizz_hizzhizz berkata...

mat gebu!!! sgt glemer..... ;DDD

Sholina Osman berkata...

Ha..ha..memuji2 akak nampak...terima kasih...apa pun akak dah join blog ni...

Unknown berkata...

hye.. ur blog is just awesome.. well done! liya dah klik nuffanng u, u klik nuffnang n heartbeat liya jg k.. sharing is caring.. tQ!

Azli Razali berkata...

zamri: hehe ok jer
kak shol ada gak blog nanti saya join yer
liya ok tq

Nur Asmida Bt Karim berkata...

Tahniah chef :)