Croquette biasa dibuat daripada kentang dan ia berbentuk silinder. Ia digoreng setelah disalut dengan bread crumb. Resipi ini mencampurkan isi ikan tuna di dalamnya untuk memberikan kelainan pada croquette ini. Makanan ini sesuai dinikmati tidak kira waktu dan amat sesuai untuk dinikmati sebagai sumber karbohidrat ketika anda makan tengahari dan malam. sangat mudah dibuat dan anda bioleh membuatnya siap2 sebelum digoreng. Sesuai juga dibekalkan untuk hidangan anak2 di sekolah atau dibawa ke tempat k erja. Tip membuat croquette ini adalah a nda jangan merebus kentang terlalu lama kerana ia akan susah untuk memben t uk semasa dan akan pecah apabila digoreng. Lenyek kentang semasa ia masih panas supaya mudah untuk dilenyek.
Bahan-Bahan
1 biji bawang
1 sudu minyak
1 tin isi ikan tuna dalam minyak dan air garam
6 biji kentang-rebus sehingga empuk dan lenyekkan
1/2 sudu jus limau/lemon
sedikit garam
sedikit serbuk lada pitih
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 cawan bread crumb ( serbuk roti)
sedikit minyak untuk menggoreng
Cara membuat
- Goreng bawang besar dengan 1 sudu makan minyak sehingga wangi.
- Kemudian campurkan dalam kentang yang telah dilenyek.
- Campurkan bersama tuna dan lemon. Gaul sebati.
- Perisakan dengan garam dan lada putih.
- Bentukkan adunan membentuk silinder.
- Salut croquette dengan tepung dahulu. Kemudian celup dalam telur dan akhir sekali golek-golekkan diatas bread crumb.
- Goreng dengan minyak yang sedikit (1/4 bahagian tenggelam) sehingga keemasan dan garing.
- Sedia untuk hidangan.
8 comments:
Must try...... :-)
Salam kenal..wah ingatkan boleh buat dari daging je..rupanya pakai tuna pun boleh ek...
oh Croquette eh nama menda ni.. pernah mkn kt hotel in Dubai sedap n teringat sampai sekarang tp kat sana plain je xde buh tuna ke ape ke..boleh lah buat nampak cm senang je ni..
Chef, kalau saya ganti dgn kentang bakar yg dilenyekkan, ok tak?
hi chef, i've juz tried this recipe.. menjadi! but i changed the normal tuna to tuna pedas. so xpayah bubuh lada. thx!!! =D
MG: boleh jer
Kerull: boleh jer
SMZ: buatlah
Lurpak:boleh
Misstita:sama2
hmmm..wpun terlewat, tapi never too late to discover talented chef mcm azli. thanks to Che mat Gebu kita yg committed to promote one blogger a day. recipe yang cukup simple tapi nampak menarik. yess, saya pasti mencubanya nanti.
Chef
Kalau kita bakar dlm oven, instead of goreng, boleh ker ?
Catat Ulasan