Pages

03 Februari 2011

Tempura Bendi balut seaweed



Konichiwa, konbawak, haik!. Ha apa pulak aku merepek nih heheh. Bukan apa! saja jer speaking jepun pasal kali ini saya nak kongsi menu dari negara jepun! hehe. Kalau anda dah biasa menggunakan bendi nih untuk buat kari atau goreng, apa kata kali ini cuba pula buat bendi nih jadi tempura iaitu makanan jepun. Kalau makan sekali-sekala tempura bendi nih bersama keluarga mesti best. Tempura nih layan gak kalau buat masa petang2, sambil minum kopi atau teh panas. Tepung tempura nih tak susah nak carik pasal ada dijual di pasaraya. kalau nak jimat kos buat jer batter dia sendiri. Guna tepung beras dan tepung jagung. Buat macam tepung batter goreng pisang. Senang jerkan? Soba noodle dan seaweed pun ada gak jual kat pasaraya. u all carik jer mesti jumpa. Ok apa lagi jom lah goreng tempura.

Bahan-bahan
1 cawan minyak
150gm soba noodle ( mee jepun) boleh dibeli di pasaraya
10 biji bendi saiz besar
2 helai seaweed ( rumpai laut kering)-ada dijual di pasaraya

Batter tempura ( tepung goreng)
1 cawan tepung tempura -boleh dibeli di pasaraya
1cawan air ais

Bahan-bahan sos
1/2 cawan kicap cair
1/4 cawan sos plum
sedikit garam 

Cara membuat
  1. Untuk bendi, kerat seaweed 3 bahagian. Balut bendi bersama soba noodle dan gamkan hujungnya dengan air.
  2. Untuk batter, gaulkan semuanya sehingga menjadi likat dan tiada ketulan tepung lagi.
  3. Celupkan bendi dan goreng dengan minyak yang banyak sehingga keemasan.
  4. Masak sehingga sos pekat. Padam api dan sedia untuk dihidankan dengan bendi yang telah dogoreng.

4 comments:

Me berkata...

akan cuba,, terima kasih..

dari - peminat bendi.. :)

mizz_hizzhizz berkata...

chef... tukar bendi ke tempe bole x??? ngeeee..

Tanpa Nama berkata...

chef...saya exstudent uitm penang dulu...tp xpernah belajar bawah cheff...


resepi yg menarik...

salam perkenalan....

Azli Razali berkata...

AN: cubalah
M_H: tempe boleh sgt takde masalah.
CBS: yeker?salam kenal juga!