Dumpling merupakan makanan berbentuk kecil2 seakan bebola (. Saiznya dibentuk kecil2 supaya senang dimakan. Doh yang selalu digunakan adalah beasaskan tepung. Ianya mengandungi inti yang pelbagai jenis. Selalunya ia akan dikukus, digoreng atau direbus untuk dijadikan sup. Mungkin anda pernah menikmati dim sum. Dim sum merupakan makanan cina yang sangat terkenal dan merupakan makanan yang mesti pada hari kebesaran dan perayaan masyarakat cina dan ia dimasak didalam pengukus buluh dan terus disajikan di atas meja selepas ia dimasak. Uniknya pengukus ini saiznya kecil dan bukanlah pengukus yang besar seperti yang anda bayangkan. Ia terdiri daripada pelbagai jenis termasuk pau dan wantan dengan pelbagai jenis inti (mengikut selera masing-masing) dan kali ini saya akan berkongsi resepi wantan yang telah diubah suai sedikit. Resepi ini mencampurkan semua-bahan-bahannya untuk dijadikan inti yang akan diletakkan dalam kulit wantan nanti. Kemudian anda boleh menggoreng atau mengukus wantan ini, ikutlah kesukaan anda yer!. Tetapi yang pasti kukus itu lebih sihat selamat mencuba!
Bahan-bahan
450 g daging cincang
1/4 cawan seleri cincang
1 tangkai daun bawang
1 batang lobak merah-cincang/dadu kecil
cendawan cina 5 keping-rendam dan cincang kecil/hiris
1/4cawan capsicum merah cincang
1/4 kicap cair
2 sudu bawang cincang
1 sudu teh cuka cina yang halal@cuka biasa
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh halia cincang
1/2 sudu teh minyak bijan( jika suka)
1/4 sudu teh cili paste /tomyam paste/ cili boh
3 ulas bawang putih cincang
2 keping kobis cina/kobis bulat-hiris halus
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
50 keping kulit wantan
2 sudu teh tepung jagung larutkan dalam air sedikit
Cara-cara Penyediaan
- Satukan semua 17 bahan-bahan pertama.
- Kemudian ambil kulit wantan dan sudukan sedikit isinya atas kulit wantan
- Lekatkan hujung wantan dengan air tepung jagung yang dilarutkan.kemudian bunjutkan (bentukkan seperti bunjut).
- Tutup kulit wantan yang lebih supaya ia tidak kering semasa anda mengisi kulit wantan.
- Kukus atau goreng wantan yang telah siap sehingga isi kulit wantan masak lebih kurang 8 minit. Jika digoreng, goreng sehingga warna keemasan.
- Bolehlah dimakan dengan sos cili atau chinese dipping.
5 comments:
Bro, cendawan cina tuh macam mana rupanya?
mesti cuba nih....
dia cendawan kering. yang warna hitam tuh
TQSM chef... insayALLAH laily akan cuba buat... harap2 menjadi lah.. :-)
Satu lagi makanan kegemaran.
Catat Ulasan