22 November 2009

Kek Kaya Coklat

Kek Coklat ini sangat sedap. Tak caya cubalah ! Ramai yang sukakan kek coklat yang kaya dengan coklat dan rasanya yang lembab. Sekiranya anda mahu mendapatkan kek coklat yang lembab, pantang larangnya satu iaitu jangan lama sangat membakar kek coklat kerana ia akan membuatkan kek coklat anda kering. Resepi kek coklat ini memerlukan anda memasak serbuk koko bersama-sama gula dan air. Memasak serbuk koko dapat membangkitkan aroma coklat dan memberi warna yang lebih gelap pada koko kita kerana gula membantu pembentukan caramel dalam campuran itu. Rasa kek koko yang sedap juga pastinya jika anda memnggunakan serbuk koko yang baik kualitinya tetapi ikutlah budget masing2 betul tak?

Bahan-bahan A
250gm mentega
250gm gula
5 biji telur
250gm tepung superfine
1 camca teh serbuk penaik
100gm coklat cip

Bahan-bahan B
60 gm serbuk koko
50gm gula
1 cawan air

Cara-cara penyediaan
  1. Masakkan Bahan-bahan B sehingga larut dan agak likat. Sejukkan dahulu sebelum masukkan dalam adunan kek.
  2. Panaskan ketuhar dengan suhu 180 degree celsius. Lengserkan acuan kek dengan mentega.
  3. Pukul Mentega dengan gula sehingga kembang dan gebu.
  4. Masukkan telur satu persatu dan kacau sehingga sebati.
  5. Ayak tepung bersama serbuk penaik kemudian campurkan dengan coklat chip.
  6. Masukkan campuran tepung tepung berselang seli dengan bancuhan bahan B.
  7. Masukkan dalam acuan dan bakar selama 40 minit atau sehingga pencucuk kek bersih apabila dicucuk pada kek.

2 comments:

SUBHAN berkata...

cantekk ah chep..haha..

::Azura Rahman:: berkata...

as'kum... nk tnye.. masa masukkan tepung selang seli dgn adunan koko tu perlu dipukul guna mixer or memadai sekadar menggunakan spatula/sudip/whisker??? TQ chef