14 Disember 2009

soft roll/ roti lembut


Ramai juga yang tanya saya bagaimana membuat roti yang lembut. Maklumlah kalau buat roti sendiri kita boleh pelbagaikan citarasa mengikut selera kita. Kali ini saya akan kongsikan resepi soft roll. Ini adalah asas roti dan terserah kepada anda untuk mempelbagaikan roti ini. Anda boleh menggunakan sosej sebagai inti. Selain daripada itu anda boleh menaburkan serunding atau cheese. Antara bahan-bahan yang membuat roti ini lembut adalah menggunakan pelembut roti atau freemat yang boleh dibeli di kedai-kedai yang menjual bahan2 pastri dan bekeri. Saya letakkan dua resipi yang boleh anda guna. Salah satu resipi saya dapati di laman sesawang myresepi.net dan yang satu lagi memang saya selalu gunakan di kelas2 komersial. Antara tip dan pantang larang semasa membuat roti adalah kita perlu tau bahawa garam boleh mematikan yis sekiranya ia bercampur dengan yis terlalu lama. Jadi sekiranya ingin mengadun pastikan garam itu dicampur sebaik ingin memulakan proses mengadun. Sekiranya anda mencampurkan semua bahan pastikan anda mengadun dengan cepat ok...
Resepi 1


Bahan-bahan
500gm tepung roti
5gm freemat/pelembut roti
60gm gula halus
10gm yis segera (mauripan)
2biji telur 200ml air/susu
5gm garam 50gm butter


Cara-cara penyediaan
  1. Masukkan semua bahan didalam mangkuk pengadun. Uli selama 20 minit.
  2. Tutup dengan kain basah atau plastik wrap dan biarkan doh naik dua kali ganda.
  3. Tekan doh untuk mengeluarkan angin. Bentukkan doh mengikut kesukaan anda. Biarkan doh 20 minit dan bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celsius sehingga masak selama 12 minit.
Resepi 2 (sumber my resepi.com)
Bahan-bahan
190 ml air
400 gm tepung roti
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ayam
2 sudu kecil yis segera( mauripan)
60 gm butter
1/4 sudu kecil pelembut roti

Bahan2 lain
12 batang sosej cheese
1/2 cawan sos cili
1 cawan keju cheddar


 Cara-cara penyediaan.
  1. Masukkan bahan2 utk roti ke dalam mesin pengadun. Adun selama 20 minit sehingga membentuk doh.
  2. Bahagikan doh kepada 12 bahagian. Bulat2 kan doh tersebut dan biarkan selama 20 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  3. Ambil sebiji doh. Canaikan
  4. Ambil sebatang sosej dan gulung.
  5. Hiris sosej yg digulung. jgn sampai putus.
  6. Tolak kiri dan kanan selang seli.
  7. Ulang langkah 3 hingga 6 hingga habis.
  8. Biarkan doh selama 40 minit.
  9. Setelah itu, sapu sos cili dan taburkan cheese. Bakar pada suhu 180 darjah selama 12 minit. Roti siap dibakar.

0 comments: