Pages

20 Januari 2010

kek walnut madu


Setelah agak lama saya tidak mengupdate resepi dalam nih. Jadi kali ini saya ada resepi baru yang baru sahaja saya eksperiment. Bukan apa ada yang komplen suruh saya update resepi dalam nih. Buhsan katanya ashik2 resepi ituh aja. Mintak maaflah kadang2 idea takde ditambah dengan kesibukan. Resepi ini saya namakan kek walnut madu. Madu memang terbukti khasiatnya dan didalam al quran juga ada menceritakan tentang khasiat madu antaranya boleh mengubati batuk, dan digunakan untuk produk kecantikan. Kek ini memang lembab kerana menggunakan madu. Resepi ini juga akan diterbitkan dalam ruangan dari tanoor sisipan ratu berita harian pada setiap hari khamis. Column ini akan memaparkan langkah demi langkah membuat pemanis mulut bermula januari sehingga Februari. Ada beberapa resepi lain yang telah saya hantar dan antaranya adalah resepi kek walnut madu ini, jadi anda mesti cuba resepi ini ok!

Bahan-bahan
1 cawan (200gm) mentega
1/2 cawan madu
1/4 cawan gula halus
1/2 camca teh esen vanilla
1 biji parutan kulit oren
3 biji telur
1 ½ cawan kacang walnut
1 cawan tepung naik sendiri
Untuk hiasan
10 biji kacang walnut
2 camca makan madu

 Cara-cara penyediaan
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 degree celsius. Alas acuan dengan kertas minyak atau lengserkan dengan mentega.
  2. Kisar kacang walnut sehingga hampir halus. Ketepikan.
  3. Campurkan mentega, madu, gula, parutan kulit oren dan esen vanilla di dalam mangkuk pengadun kek.
  4. Kemudian, pukul sehingga kembang dan gebu.
  5. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
  6. Kemudian, masukkan tepung dan kacau sehingga adunan sekata,
  7. Tuangkan ke dalam acuan yang telah disediakan.
  8. Bakar di dalam ketuhar sehingga keperangan dan tiada lekatan pada lidi pencucuk kek.
  9. Untuk hiasan, campurkan walnut bersama madu dan susun di atas kek yang telah masak.

0 comments: