21 Januari 2010

Ayam bakar taucu


Sebenarnya resepi ini saya hasilkan bila teman wartawan saya iaitu Kak Sha sha dari Berita Harian meminta saya untuk memasak makanan langkah demi langkah. Katanya untuk ruangan ratu berita harian untuk column Dari Tanur. Tapi saya tak sempat nak hantar kat dia pasal dia dah bertukar ke column lain pulak. senang cita dia dah resign lah dari tulis benda2 masak ini untuk Dari tanur. Walaubagaimanapun saya ambil kesempatan untuk berkongsi resepi ini, jadi ikuti langkah demi langkah cara menyediakan ayam bakar taucu. Sekiranya anda tidak mahu bakar ,anda boleh menggoreng ayam ini 3/4 masak aja. Ikutlah selera masing2 ya.


Bahan-bahan

600gm dada ayam
2 sudu makan kunyit serbuk
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

2 inci halia
5 sudu makan cili boh
2 sudu makan biji ketumbar
2 batang serai
4 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
4 biji tomato
5 sudu makan taucu
1 cawan air
Garam secukup rasa


Cara-cara penyediaan

  1. Perapkan dada ayam dengan garam dan kunyit. Bakar dalam oven atau goreng sehingga masak kekuningan atau selama 15-25 minit dengan suhu 200 darjah celsius.
  2. Mesin bawang merah, bawang putih dan halia. Campurkan bersama cili boh. Tumis bahan-bahan ini sehingga wangi dan garing. Kemudian masukkan ketumbar yang telah ditumbuk. Kacau sebentar.
  3. Hiris serai, daun kunyit dan daun limau purut. Masukkan bahan ini dalam bahan yang ditumis tadi sehingga layu. Masukkan tomato yang telah dihiris. Kacau sehingga tomato agak hancur.
  4. Masukkan taucu dan air. Kacau dan biarkan kuah mendidih.
  5. Perisakan dengan garam secukup rasa. Letakkan ayam dalam mangkuk dan curahkan kuah di atas ayam yang telah dipotong kecil.

0 comments: