05 November 2009

Penangan surat khabar!

Setelah beberapa lama duk pikir2 untuk buat satu column tulisan peribadi akhirnya saya dapat semangat untuk menulis dalam laman coretan peribadi ini. Bukan apa saya nih memasak bolehlah tapi bab-bab menulis nih memang fail giller! tapi saya tetap berusaha juga untuk menulis dengan tujuan dapatlah saya mengasah bakat menulis(kot-kot kalau adabakat kan!) so tetiba saya dapat idea nak tulis something pada pagi2 yang dingin selepas hujan kat sini. Saya tahu time nih lah waktu paling sesuai untuk membuai mimpi yang indah di atas katil.
Rasanya dah cukuplah saya membebel dengan intro kot, tapi apa yang saya nak story nih adalah tentang penangan surat khabar sebenarnya, seperti apa yang telah saya alami sendiri. Nih nak cerita sikitlah pasal cerita dan buku saya iaitu Keenakan Pencuci mulut yang telah dipublished kat surat khabar Utusan Malaysia pada 7 Oktober 2009 yang lepas. Terima kasih pada penulis Fazrina, Kak Khairunisa yang memperkenalkan saya kpd bos column keluarga iaitu kak Zaleha dan saya ambil kesempatan nih nak ucap juga tahniah pada Faz kerana cerita kamu memang best dan sempoi. Yelah kalau tak, takdelah namanya wartawankan.
Alhamdulillah setelah setahun memenangi Program masakan realiti yang disiarkan di TV3 apalagi rancangan Maggi Mencari Bintang itulah tahun 2008 lepas kini saya muncul dengan hasil baru iaitu Buku masakan pertama saya yang diberi nama Keenakan Pencuci Mulut. Apalagi masa nihlah saya nak mempromosikan bakat dan kebolehan saya melalui buku ini betul tak? So suratkhabar adalah one of the best medium untuk berbuat demikian. Bila keluar aja cerita saya dan buku itu pasti banyaklah yang membacakan. Maklumlah satu Malaysia ada jual surat khabar utusankan so satu Malaysia boleh baca cerita saya tuh kat Utusan ( walaupun bukan satu malaysia yang baca heehhe). Dalam article saya tu, saya ada sertakan alamat facebook dan alamat email.
Selepas keluar cerita tuh dalam utusan alhamdulillah saya mendapat response yang positif daripada pembaca yang membaca article saya tuh. Ramai juga yang email saya dan add saya sebagai kenalan di facebook ya! so dapatlah saya meramaikan lagi kenalan. Tapi orang yang paling terperanjat giler adalah saya bila saja saya bukak dan baca cerita sendiri di column keluarga, saya dapati coverage cerita saya keluar sampai tiga muka penuh(sebenarnya terkejut campur happy tak terhingga heheh) Mananya tidak,cerita sendiri keluar sampai 3 mukakan. Macam2 response positif yang saya terima daripada pembaca, daripada hendak berkenalan, meminta resepi, bagaimana nak menjadi seorang chef yang bagus dan macam2 lagilah tapi kebanyakan bertanyakan tentang bagaimana nak dapatkan buku saya. Saya ucapkan terima kasih diatas sokongan dan response positif daripada pembaca. Response dan sokongan anda akan saya jadikan pembakar untuk saya lebih berusaha mempertingkatkan diri saya.
Bercakap mengenai buku ya, saya terharu juga kerana ada yang benar2 berusaha untuk membeli buku saya di luar sana. Ada yang dapat dan ada yang kecewa kerana tidak menjumpai buku saya. Itulah kesan suratkhabar sebenarnya. Sehingga ada ibu-ibu kenalan saya di facebook sanggup menyuruh anak mereka mencari buku saya setelah gagal untuk mendapatkannya, sehingga lah ada seorang kenalan facebook saya nama nya Yani telah message saya di facebook mengatakan ibunya telah menyuruh dia membeli buku saya setelah membaca article saya di akhbar utusan. Apa yang saya respect kat yanie nih dia berusaha untuk mengembirakan hati ibunya dgn menghadiahkan buku saya kepada ibunya. Mulia sungguh hati yani nih kan? Setelah gagal mendapatkan buku saya tu, si yani nih meminta tolong agar saya boleh membuat pos express buku saya untuk ibunya so semalam dia telah memasukkan duit sebanyak 30 ringgit kedalam akaun saya. Apalagi duit dah mashyuk kenalah sayahantarkan kepada ibunya yang bernama Puan Normah Mehat .
Ya itulah salah satu penangan suratkabar yang saya sendiri alami. Banyak juga pengalaman2 lain setelah cerita saya keluar di suratkhabar. Maknanya suratkhabar adalah satu medium yang kuat impak nya kepada masyarakat so kepada wartawan keep up your good work kerana anda merupakan medium yang berpengaruh untuk membentuk masyarakat yang positif! kepada yang telah mendapat buku saya, saya harap anda sukakannya dan mencuba kesemua resepi dalam buku itu ya!

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

dalam pada ramai yang memuji, ada yang mengeji dan memandang serong tugas wartawan @ media ni...bila diperlukan, mereka dicari tapi bila sudah di atas, mereka ditolak ke tepi...nasib badan..apa pun, demi tugas, mereka harungi dan telan pahit maung dihadapi...

Tanpa Nama berkata...

ada member media kata dia pernah disinis oleh pegawai keselamatan yang antara lain menyindir:``wartawan ni mencari keuntungan hasil kesedihan org lain (merujuk kes2 kemalangan maut)''
yang bestnya member media tu jawab dalam nada baik ``kalau tak kerana media yang jadi tukang sibuk, ada waris tau jika salah seorang ahli keluarga mereka terlibat dalam kemalangan?!...mungkin tuan boleh cakap mcm tu kerana tak kena pada keluarga sendiri lagi''...terus terdiam pegawai terbabit..
saya sendiri menyaksikan tugas berat wartawan yang terpaksa bersengkang mata hanya kerana ingin mendapatkan kepastian mangsa kemalangan agar waris2 terbabit mengetahui kedudukan ahli keluarga mereka yang terlibat dalam kemalangan...
tgk sahaja kes terbaru serangan kapal misi bantuan di gaza...antara yang terlibat adalah wartawan..
dan wartawan jugalah kena kerja lebih masa untuk mendapatkan perkembangan terbaru mangsa2 yang ditahan regim tel aviv supaya rakyat malaysia/dunia tau...
renung2kanlah...

Tanpa Nama berkata...

yeah...saya pun tahu pasai chef dari utusan.... terus saya masuk blog ini... teruskam usaha chef sampai berjaya dan jaya... :)