12 November 2009

Tua vs awet muda

Ini cerita benar bukan dongengan ok. Selalunya bila orang yang tak tahu umur saya dia mesti cakap umur saya nih dalam range 25,26 atau 27. Kembang lah sekejap hehehe walaupun tak kembang mmm.Untuk pengetahuan korang saya nih nak kata tua tak lah tua tapi dalam usia akhir remaja lah heheh. ok ok aku bagi tahu lah 32 TAHUN ok! Sebenarnya tak suka dengan figure 32 tahun, kalau boleh nak terbalik kan 32 tuh jadik 23 tahun. Sudah jangan berangan! dah tua tua tuh terima jer lah.

Awet muda bagi saya berpunca daripada kegembiraan hati kita, kalau asyik stress jer, nak marah2 dan moody cepatlah kita nampak tua sebenarnya betul kan?Ini semua cara pembawakan hidup kita lah. Always smile ok!
Bab makan nih pun satu hal jugak pasal Islam pun sendiri cakap kan segala penyakit tuh berpunca dari perut. U are what u eat! common... orang puthih pun ada kata tentang makanan. Kita perlu mengambil makanan yang halal sumbernya, seimbang, sederhana dari kuantiti, dan berkualiti. Dah nama makan ya, bukan melantak. Kalau melantak ,tuh lah yang jadi penyakit kat kita. Nauzubillah kan.
Ini nak share sikit lah amalan-amalan harian yang saya amalkan supaya kita sentiasa gembira dan nampak ceria lagi. Apa yer ? ha apalagi macamana nak nampak awet muda la heheh. Saya nih seorang yang suka makan ulam-ulaman sebab bagi saya ulam2 kat Malaysia nih memang banyak khasiatnya dan telah banyak kajian berkenaan ulam-ulam Malaysia dilakukan dan terbukti baik untuk kesihatan, kalau tak caya hangpa boleh duk browse kat internet  dan memang melambak cerita pasal ulam2 nih. Saya turut mengamalkan makan sebiji epal hijau setiap hari sebab kandungan vitamin c dalam epal hijau adalah antara tertinggi dalam buah-buahan. Setiap pagi saya juga akan mengambil supplement seperti Evening primrose oil (EPO), vitamin C, vitamin E dan vitamin A. Ya Allah banyak nya kau ambik pil! Itu adalah reaksi biasa apa bila ada yang mengetahui saya mengambil pil2 tersebut. Langsung ada jugak yang memperli saya dengan berkata ... kau tak ambik pil perancang kerrrr...? Cehhhh.... makan dalam aku di buatnya, tapi aku buat muka bodoh jer lah lepas kena perli macam tuh.
Mesti ada yang jugak terkejut sebab apa saya ambik evening primrose oil sebab pil ini ntuk perempuan aja. Oh jangan salah faham ok EPO juga sesuai untuk lelaki sebab dia boleh menstabilkan hormon dalam badan lelaki seperti dia menstabilkan hormon dalam badan wanita. Mungkin saya akan bukak ruangan tips dan kesihatan pulak nanti yer hehehe. Satu idea yang bernas jugak tuh mmmm
Tidak semua orang mampu mengambil supplement kerana kosnya yang tinggi  tapi supllement ini sebenarnya adalah dpt memberi khasiat tambahan terutama kepada mereka yang sibuk bekerja. Namun apa yang saya boleh saran kepada mereka yang tidak mengambil supplement anda boleh mendapatkan kahsiat2 tuh dari pada makanan yang anda makan. Sebab makanan yang berkhasiat, seimbang dan segar dapat memberi sumber nutrient yang cukup untuk kita.
Kita juga perlu  mengamalkan senaman. Tak berat ringan, tak banyak sikit sekutrang-kurangnya kita boleh melancarkan peredaran darah dan berpeluh. Jangan malas2 kalau tempat tuh guna lif, jangan naik lif tapi naik tangga- tak kisah lah opis korang kat tingkat 88 tuh naik jer tangga ehhehe. Ini kes melampau namanya, orang sakit juwa pun taknak naik tangga sampai tingkat 88kan hahahah. Tak payah lah sampai macam tuh. At least bagi jantung kita berdegup kencang dan membakar kalori dalam badan. Naiklah tangga sampai tgkt 4 sudahlah kan kan kan....
Saya turut melahirkan kebimbangan dengan terend pemakanan rakyat malaysia yang suka makan berlebihan dan makan waktu lewat malam  terutamanya mengamalkan makanan yang berpengawet secara . Cara pemakanan yang tidak terkawal dan ktidak mengamalkan senama boleh emnigkatkan risiko kepada macam2 jenis penyakit kronik seperti barah dan kencing manis.Ditambah dengan keadaan pencemaran cuaca lagi . Nak elak ambik nanti kempunan pulak   .Tapi apa yang saya set kan dalam kepala otak nih Dose makes poison. Apa-apa yang kita ambil perlu pada kuantiti yang bersederhana. dan mengawal kekerapan yang diambil. Islam juga saran tentang kesederhanaan dalam apa kerja pun. So jangan lebih2 nanti akan jadi racun atau penyakit kepada kita. Tapi ada juga yang kata mereka mempunyai history penyakit keluarga seperti kancer dan kencing manis. Macamana tuh? Kita mampu merancang tuhan yang menentukan betul tidak. Apa2 yang berlaku tuh ada hikmat kejadiannya dan menyuruh kita berfikir dan apa pengajaran yang boleh kita ambil iktibar.
Tak kisah lah muda ker tua asalkan kita sntiasa gembira dan hidup sihat. selalulah bersenam dan mengamalkan makanan sihat insyallah kita akan sihat dan nampak mudaaaaajer walaupun umur kita telah bertambah macam saya. opsss hikhikhik

10 comments:

rul_tazmania14 berkata...

ha??
32??
serius??
jap2..nk bezakan chef dayat ngan chef azlee..
hahahaha

Suha berkata...

Btul laa... saya ingat chef ni muda dr saya.. rupenyee.. sebaya.. tapi saya dah mcm 40 kan??? hahaaaa.... tq for the info...

Azli Razali berkata...

alah umur tuh no yang Allah bagi kat kita. yang penting kita kena minta kat Dia kesejahteraan dalam hidup kat dunia da akhirat nih Insyallah....

murnie sangat berkata...

ye..jaga makan ke u..mak ni main sesah je haha,patot la badan ngeri haha

Azli Razali berkata...

ngeri. huhu

Hana berkata...

chef..mkn vit a tuk apa? saya makan fish oil, epo, vit c, vit b complex, vit e dan multivitamin. chef mkn ulam apa? Ulam apa yg sedap? Saya ada baca..tk digalakkan mkn epal hijau sbb nnti krg bijak..hehe..jgn mare but seriously..kot sbb masam? Senaman tuh memang ari2 la..gi gym..chef nak ikut?

Azli Razali berkata...

hana tak lah vit c daripada epal baik untuk kesihatan. kaya dengan vit C itu hanyaa mitos jer. Vit A utk mata dan kulit.

rajmah hasan berkata...

pokok pangkal hati bersih dan selalu berwuduk adalah rahsia awet muda selain faktor makanan, menjaga pemakanan etc....betul tak chef?

h A n Y S berkata...

32??
laaa...ingat 40++..
haha, kidding

NurLensaPhoto berkata...

heeeee xp still maintain dgn senyuman okey :):):):):)