Pages

16 November 2009

Pisang sos karamel

Buah-buahan berkhasiat untuk membekalkan kandungan fiber/serat pada kita. Resepi kali ini menggunakan buah-buahan seperti pisang, epal dan kurma yang memang kaya dengan kandungan serat. Pisang mengandungi gula semulajadi seperti glukosa dan fructosa yang memberikan bekalan tenaga kepada kita. Oleh kerana itu pisang banyak diamalkan oleh atlit-atlit apabila mereka bersukan. Selain daripada itu pisang mengandungi tinggi potassium dan ini baik untuk mengimbangi kandungan air dalam badan dan peredaran darah seterusnya dapat mengurangkan hypertension. Khasiat kurma memang tidak boleh disangkalkan lagi dan ia sangat sinonim dengan masyarakat Islam apabila tiba bulan Ramadan dan semasa ini kita disarankan mengambil kurma untuk membekalkan tenaga kita di siang hari. Resepi ini sangat mudah dan cepat dibuat dan ia boleh dimakan semasa sejuk dan panas bersama-sama ais krim vanila

Bahan-bahan
6 biji pisang emas
5 biji kurma
5 sudu gula
1 cawan susu sejat/ krim putar
 1 sudu makan mentega

 Cara-cara penyediaan
  1. Kupas dan belah pisangkepada dua bahagian.
  2. Panaskan mentega dan goreng kan pisang sebentar sahaja. Akhir sekali masukkan kurma. Padamkan api.
  3. Dalam periuk yang berasingan, panaskan gula sehingga membentuk karamel atau bertukar warna keperangan.
  4. Kemudian tuang susu/krim ke dalam gula. Kacau sehingga sebati dan pekat.
  5. Masukkan buah-buahan yang digoreng dengan mentega tadi ke dalam sos karamel dan kacau seketika.
  6. Padamkan api dan sedia dihidangkan panas atau sejuk.


0 comments: