Pages

12 November 2009

Kek Lobak merah/carrot kek

CARROT cake berkhasiat pasal guna carrot yang kaya dengan vitamin A. Tapi carrot cake ini perlu disimpan dalam peti sejuk supaya dapat mengelakkan carrot tuh menjadi basi dan rosak dengan cepat. Maklum lah carrot tuh kan sayur so sayur cepat rosak. Ini resepi paling mudah yang telah saya olah. Sebenarnya resepi ini telah hilang dari simpanan koleksi resepi peribadi saya, mujurlah kakcik ada menyimpan resepi ini so untuk kegunaan pembaca blog saya semua anda perlu mencuba  resepi yang telah hilang tetapi dijumpai kembali iaitu kek lobak merah atau nama glamernya carrot kek.

Bahan-bahan
1 cawan /200gm mentega
3/4 cawan /150 gm gula halus
5 biji telur- asing kan kuning dan putih
1 cawan/200gm tepung naik sendiri
1/2 cawan/ 60gm serbuk badam @ hazel
1/2 cawan/ 50gm kismis/sultanas
1/4 cawan nanas dalam tin-didadu (pilihan)
1/2 camca teh essen vanilla
3/4 cawan /100gm lobak merah parut kasar


Cara-cara penyediaan
  1. Parut carrot menggunakan pemarut lubang kasar dan ketepikan.
  2. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius.
  3. Pukul mentega dan gula sehingga gebu dan kembang.
  4. Masukkan telur kuning satu persatu dan kacau sebati.
  5. Masukkan carrot dan kismis dan nanas. Kacau rata.
  6. Masukkan tepung kemudian kacau sebati.
  7. Pukul putih telur sehingga gebu dan kental kemudian gaul dengan adunan kek sehingga hampir sebati. Jangan terlalu kacau sepenuhnya.
  8. Masukkan dalam acuan 12 inci yang telah dilengser dengan mentega dan masak selama 35-40 minit sehingga kekuningan atau jika dicuck pencucuk kek tidak melekat apabila dicucuk.

0 comments: