02 September 2009

Kurma cookies


Bila musim raya nih memang tak sah raya tuh kalau takde biskut atau cookies betul tak? Biskut kurma yang saya ada nih sekali lagi hasil dermawan chef Rohimi. Saya tertarik jenis biskut kurma nih pasal dia melapiskan doh biskut dengan kurma sebagai intinya. Saya dah rasa biskut nih dan terbukti memang sedap tapi cuma perlukan kesabaran jer buat biskut nih kerana agak rumit sedikit. Tidak memerlukan kurma yang mahal cuma beli aja kurma yang murah. Kurma yang mahal tuh lebih sedap dimakan begitu sahaja ya.

Bahan-bahan
150 gm gula halus
180gm mentega
150 gm tepung gamdum cap sauh
100 gm tepung halus
150gm tepung jagung
300gm kurma
1 camca teh esen vanilla
2 biji kuning telur (untuk sapuan)

cara-cara penyediaan
  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati kemudian masukkan esen vanilla.
  2. Ayak ketiga-tiga tepung dan masukkan dalam adunan mentega tadi. Kacau sehingga membentuk doh yang lembut.
  3. bahagi doh kepada dua bahagian. Canaikankan kedua dua doh. Ssusun kurma di atas satu bahagian doh yang telah dicanai. Pastikan ia menjadi satu lapiasan sebagai inti.
  4. Kemudian lapiskan satu lagi bahagian yang dicanai tadi. Pastikan ia menutupin inti kurma.
  5. Potong doh itu mengikut citarasa anda. Sapukan kuning telur di atas cookies.
  6. Bakar di dalam ketuhar pada kepanasan 180 degree celsius selama 12-15 minit.

1 comments:

dzuraini berkata...

Salam..

Chef, nak tanya: tepung halus tu tepung apa? Brand yang chef rekemen ada tak?

terima kasih