19 September 2009

Kek Mudah

Saya letakkan resepi ini didalam blog ini apabila ada seorang teman meminta saya kek yang paling senang untuk disediakan. Resepi kek ini adalah lebih kurang dengan kek mentega sahaja tetapi teksturnya lebih lembut. Bagi saya kek ini diberi nama kek mudah kerana bahan-bahannya sangat mudah tetapi hasilnya memang sedap apa yang penting tak rumit untuk menyediakannya dan cepat dan sesuai pada mereka yang tak punya masa untuk memnyediakan kek yang banyak bahan-bahannya. Anda boleh kekalkan rasa kek ini yang asli atau sekiranya suka anda boletambahkan perisa tambahan mengikut citarasa anda. Untuk kek ini saya cadangkan anda mencampurkan perasa oren dan coklat urai (chocolate rice) jadi kek anda lebih umphhh! Bahan-Bahan 250 gm mentega 240gm gula kaster 240 gm tepung naik sendiri 5 biji telur 1 sudu teh vanilla esen Pilihan perasa 2 sudu makan oren sunquick 40gm coklat urai/rice Cara-cara penyediaan
  1. Pukul mentega dan gula kaster sampai kembang. masukkan ezsen vabilla dan kacau.
  2. Kemudian masuk telur satu persatu selang seli dengan tepung.
  3. Jika ingin perasa yang berlainan masukkan oren sunquick dan coklat urai atau kekalkan perasa yang asli.
  4. Lenserkan acuan kek dan bakar pada suhu 180 degree celsius kira-kira 40 minit atau kek tidak melekat apabila dicucuk.

11 comments:

HaRaShO HiDaYaH berkata...

hehehe tenkiu2...layan la kek mudah nih dr cheese cake yg tak menjadik tuh...huhuhuhu saya ada idea best utk kek mudah oren nih...slain ngn choc rice tuh, leh gak sapu kastard atas kek yg panas2 tuh + tabur kacang hancur atas dia....huhuhu yummy!

Azli Razali berkata...

mm saya rasa cadangan dayah tuh pun sedap juga. memang menyelerakan!

watyz berkata...

dh wat kek ni...sedap..1st time dpt wat kek yg senang n menjadi...tp kan nak tanya la kalo nak wat dia jadik kek coklat camne?? ade resepi brownies x?? suami suka kek coklat2 jek...

Azli Razali berkata...

oh senang jer watyx keluar kan 60 gm tepung gantikan dengan koko powder. Belilah buku saya dalam tuh pun ada cheese brownise, apple crumble dan kek coklat.
nanti saya masukkan resepi brownies nih yer

ac@p berkata...

As'kum chef Azli, saya nak tau apa perbezaan serbuk penaik dan sodium bicorbonate. Serbuk penaik tu jenis apa atau yg macamana?

shen berkata...

letak sunquick mey...ingat mak aku je yg buat cam nih heh heh...btw makan panas2 lagi sedap... :)

Azli Razali berkata...

sodium akan menngembangkan dan membuat tekstur kek peroi. bking poweder plak akan membuat kek naik.

aida berkata...

ada x resepi blueberry cheese tart yang mudah

Tanpa Nama berkata...

tq..memang ringkas dan sedap..

Tanpa Nama berkata...

tersilap faham...
tepung naik sendiri... tapi saya letak tepung biasa tanpa penaik.. terlupa plak letak serbuk penaik...
huhuhuhu...

Tanpa Nama berkata...

Salam en.azli..
klu mentega tu tukar kpd buttercup leh x..?
tq..