Pages

02 September 2009

Biskut gajus


Biskut gajus nih memang tak asing lagi bagi kita. Di mana-mana sahaja ada dijual. Lebih-lebih lagi di musim perayaan. Walau pun mudah didapati namun ia lebih berbaloi jika dibuat sendiri di rumah tak begitu? Jadi, cubalah resepi ini! Buat untuk hari raya dan pasti raya tahun nih makin berseri dengan biskut gajus buatan air tangan sendiri! resepi ini saya harus berterima kasih kepada Chef Rohimi teman sekerja saya kerana atas kebenarannya saya dapat berkongsi resepi ini dengan anda.

Bahan Bahan
250 gm Mentega
150gm gula aising
200 gnmgajus, dipanggang dan dikisar
400gm tepung halus
1 biji telur kuning (untuk sapuan atas)
gajus untuk hiasan

cara-cara penyediaan
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Masukkan kacang gajus dan gaul sebati.
  3. Masukkan tepung halus dan uli hingga membentuk doh.
  4. Leperkan doh setebal 5-6 mm dan terap menggunakan acuan yang disukai.
  5. sapu di atas dengan kuning telur dan lekat dia atas dengan gajus.
  6. Bakar pada suhu 180 degree celsius selama 12-15 minit.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

chef tepung halus ni tepung apa yer...tQ

Azli Razali berkata...

ini tepung superfine