Pages

01 Mac 2010

Samosa Sosej

Resepi ini adalah resepi yang saya perbaharui daripada resepi samosa yang biasa kita beli dan makan. Saya menggantikan isinya dengan hotdog, telur, mix vege dan keju. Jadi takdelah rasa boring sangat sebab samosa kini boleh dinikmati dengan pelbagai jenis isi. Dari segi teknikal mungkin agak sedikit susah bagi membentuk kulit popiah menjadi segi tiga. Jangan kuatir kerana anda boleh menggulung mengikut kesenangan anda contohnya kalau tak boleh sangat gulung lah seperti menggulung popiah. Kan senang?!

Bahan-bahan
10 keping kulit popiah-belah tiga bahagian
4 batang sosej-potong dadu
½ biji bawang besar-cincang halus
½ cawan sayur campur
3 biji telur
5 sudu makan mayonaise
¼ cawan keju parmesan atau cheddar- diparut
½ sudu teh lada sulah
Secukup rasa garam

Cara membuat
  1. Panaskan sedikit minyak.didalam kuali dan tumis bawang merah hingga wangi dan layu.
  2. Masukkan sosej dan sayur campur. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan telur dan kacau sehingga telur masak dan hancur.
  4. Masukkan mayonaise, lada hitan dan garam. Kacau sebati. Angkat dan masukkan dalam mangkuk untuk diguna sebagai isi samosa.
  5. Letakkan isi yang telah masak di atas kulit popiah dan taburkan sedikit keju. Gulung membentuk segi tiga.
  6. Lekatkan hujung samosa dengan tepung jagung yang dicampurkan dengan air. Samosa yang telah siap boleh digoreng sehingga keemasan.

2 comments:

Aslina berkata...

kalo sosej tu ganti dengan daging lembu atau ayam cincang tu boleh tak??

wah-wah-wah... dasat saya, terus review resipi lepas-lepas...

Tanpa Nama berkata...

eh ade lalat ke kat sosej tuuu?