26 Mac 2010

Tauhu sumbat ikan kembung

Orang kata minum dan makan soya boleh jadi kulit cantik. orang kata juga kalau ibu yang mengandung pula digalakkan minum banyak air soya supaya anak yang dikandung mempunyai kulit gebu dan cantik. Itu adalah persepsi kita tentang kecantikan apabila minum dan makan makanan yang berasaskan soya. Nak buat macam mana kita semua memang suka kepada kecantikan betul tak? termasuk lah diri teman nih. Takan tak suka pada yang cantik kot! cewah! Oklah kali ini taknak cerita pasal kecantikan banyak sangat tapi nak cerita tentang keistimewaan menu saya pada kali ini. Apalagi menu untuk saya demo dalam Rancangan Nasi Lemak Kopi O lah. TAUHU sumbat ikan kembung. Ada yang tak tahu dengan tauhu? Tauhu yang diperbuat daripada kacang soya tu! Oklah kalau di US diorang panggil kacang soya sebagai soy bean kalau di Britain diorang panggil soya bean, orang jepun panggil shoyu . Menurut sejarah perkataan tauhu berasal daripada bahasa cina. mmm menarik! Tauhu yang diperbuat daripada kacang soya ini kaya dengan khasiat dia yang tersendiri. Khasiat yang paling utama ialah kaya dengan sumber protin. Selain daripada itu mungkin ada yang tidak tahu yang tauhu ini mengandungi isoflavones (sumber anti oksida) yang baik untuk mengengkang diri kita daripada mendapat kanser. Menurut kajian wanita digalakan makan tauhu banyak bagi mengelakkan mendapat kanser payudara. Betapa hebatnya tauhu ini untuk kesihatan kita kan. Menu saya kali ini sangat mudah. Orang kata main campak2jer dah jadi. Apa yng penting menu ini menjadi kegemaran keluarga saya terutamanya apabila setiap kali rumah saya membuat kenduri kesyukuran menu ini pasti ada. without miss kata orang penang heheh! Biasanya tauhu sumbat kita sumbat dengan sayur sayuran seperti timun dan lobak merah tapi yang istimewanya tauhu ini disumbat dengan ikan kembung yang digaul bersama isi tauhu. menyelerakan tak?Tq lah pada kaklong Maznah yg memperkenalkan menu ini! Credit to her! Pada sapa yang malas nak asingkan tulang ikan kembung, no problem punya! gantikan dengan ikan tuna dalam tin, boleh jimatkan masa penyediaan! Ikan akan menambahkan khasiat menu ini kerana selain mengandungi protin ikan juga mengandungi sumber omega 3 dan 6 yang bagus untuk kecergasan otak, amat digalakkan untuk perkembangan minda kanak-kanak. Omega 3 dan 6 juga dapat mengurangkan risiko arrhythmias (degupan jantung yang tidak normal) dan baik untuk kesihatan jantung. Oklah, itu adalah antara sebahagian info tentang khasiat ikan dan tauhu. Saya harap u all tak lepaskan peluang untuk mencuba menu yang sedap dan berkhasiat ini. Selamat memasaklah!!!!
Bahan-bahan
5 keping tauhu putih empat segi
2 ekor ikan kembung- dikukus,ambil isi & buang tulang
1/2 biji bawang besar
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang-dicincang
1 biji cili merah-cincang
secukup rasa perisa/garam
secukup rasa lada hitam
2 biji telur

Cara-cara penyediaan

  1. Goreng tauhu sehingga menjadi perang, sejukkan.
  2. Kukus ikan kembung dan asingkan tulang dan isi ikan.
  3. Belah dua tauhu dan korek isi dalam tauhu, dan tinggalkan kulitnya sebagai sarung untuk mengisi isi ikan nanti.hancurkan isi tauhu yang dikorek tadi.
  4. Campurkan isi ikan tadi bersama tauhu yang dikorek, bawang merah, daun sup/dan daun. bawang.
  5. Hancur2kan dan gaul-gaulkan sehingga mesra dan sebati. pewrisakan dengan lada hitam dan garam.
  6. Sumbatkan isi ikan dan tauhu ke dalam sarung tauhu yang dikorek tadi.
  7. Pecahkan telur dalam mangkuk dan celupkan tauhu yang telah disumbat. Goreng dalam kuali sehingga kekuningan.

3 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

tak sempat nak tgk kat NLKO....menarik resepi ni. tq 4 sharing.

Azli Razali berkata...

naimatul boleh tkper leh tgk kay www.tv9.com.my

Hana berkata...

selama nih kat opis saya kalo ada function, kami selalu order kat kwn opis buatkan tauhu sumbat spt ini..sedap sgt..bezanya dia bubuh udang bkn ikan. bila ditanya cara membuatnya or resipi dia mesti kata..rahsia & susah mengorek tauhu tau.. mknan nih dah jd one of my fav. so skrg nih dah taulah cara membuatnya..thx chef..