Acar sering dimakan bersama-sama nasi briyani atau dengan nasi putih yang masih panas2 dan makan fuhhh terangkat beb. Walau apapun ada beberapa jenis acar antaranya acar rempah yang digoreng dengan rempah kari, acar mentah (yang tidak dimasak dan cuma menggunakan cuka gula dan garam sebagai perisanya) dan acar buah, yang selalu disajikan ketika hari perkahwinan.
Kali ini adalah acar rampai. Anda boleh mayang timun dan lobak merah mengikut kesukaan anda. Tip memasak acar ini jangan masak terlalu lama sangat kerana mahu mengelakkan sayur menjadi terlalu lembik dan apa yang kita mahu adalah ia masih kenyal atau garing apabila digigit.
Bahan-bahan
2 batang lobak merah-potong memanjang halus
2 biji timun -buang biji-potong memanjang halus
5 biji bawang kecil-potong 4
3 ulas bawang putih - belah 2
1 sudu teh biji sawi
1 sudu cili boh
1/2 cawan sos cili
1 cawan sos tomato
2 sudu bijan
1 1/2 sudu makan cuka
sedikit air
gula merah secukup rasa
garam secukup rasa
Cara cara penyediaan
- Tumis bawang putih dan merah sehingga wangi .Kemudian masukkan biji sawi.
- Masukkan cili boh dan masak sehingga garing.
- Masukkan sos cili dan sos tomato dan masukkan air, cuka, gula dan garam.
- Masukkan lobak merah kacau sebentar. Kemudian Masukkan timun. Masak sehingga hampir masak dan sosnya pekat.
- Masukkan bijan. Angkat dan tabur kan bijan di atas sebelum dihidang.
0 comments:
Catat Ulasan