19 Mac 2010

Bebola daging burger



Bang burger special satu, bang burger ayam satu, bang burger daging sos lebih dua bungkus. Bang bungkus bebola daging burger satu! ha bebola daging burger? biar betul! mesti abang jual burger tuh jem sekejap sebab dah 18 tahun dia jual burger tapi tak pernah pulak dia dengar ada bebola daging burger!. Hahaha. Mai sini cek nak habaq sikit . Bebola daging burger ini saya cipta untuk program Nasi Lemak kopi O slot dapur berasap yang akan ke udara secara langsung di TV9 ahad ini 21 hb jam 9.30 pagi.

Mesti ada some of u yang dah tengok episod minggu pertama minggu lepas dalam NLKO bila mana saya dah demo menu cepat dan mudah iaitu begedil sardin. Kali ini saya park siap2 dulu resepinya sebelum rancangan nya ke udara sebab banyak yang mengomel tak sempat nak salin resepi maklumlah kat tv tuh resepinya belum sempat nak ambik pen, resepi dia dah hilang. Kalau yang keje secretary tuh lainlah komperem dapat salin punya! ahak.

Banyak pulak intronya nih. Ok ok make it short and sweet, just pada mereka yang nak cuba resepi ini sebelum atau selepas menonton Rancangan NLKO ini just follow jer instruction dalam ini atau follow jer cara2 menyediakan menu ini secara live di TV9. Bak kata DJ2 Sinar FM, I followwww... Oh lupa jika tidak suka menggunakan jintan putih dan ketumbar, boleh lah guna mixed herbs yg boleh dibeli dipasaraya.  Selamat mencuba ya!

BAHAN-BAHAN
1 Bungkus daging burger
1 tangkai daun ketumbar-hiris
5 keping biskut (pilihan)-hancurkan
1 bungkus keju cheddar-potong dadu
2 sudu serbuk lada hitam
1 cawan sos pizza/pasta- boleh dibeli di pasaraya.



Cara-cara penyediaan bebola burger
  1. Hancurkan daging burger dan campurkan dengan daun ketumbar, biskut dan lada hitam. Gaulkan sebati.
  2. Bungkuskan keju yang didadu dengan daging burger. Bulat2kan seperti bentuk bebola. Pastikan keju tidak terdedah.
  3. Goreng bebola daging burger sehingga masak.
  4. Boleh dimakan tanpa sos atau bersama sos. Taburkan dengan hirisan daun ketumbar.
Bahan-bahan Sos pizza/pasta
3 biji buah tomato-rebus sebentar, buang kulit & cincang
1/2 botol sos tomato
1/2 biji bawang besar-dicincang
1/2 sudu teh jintan manis-ditumbuk
1/2 sudu teh biji ketumbar-ditumbuk
1 tangkai daun ketumbar-dihiris
1 sudu teh mixed herbs(pilihan)
sedikit garam
sedikit gula

Cara-cara penyediaan sos
  1. Goreng bawang besar sehingga layu.
  2. Masukkan biji ketumbar dan jintan manis goreng sehingga wangi. sekira tidak suka guna mixed herbs.
  3. Masukkan tomato dan sos tomato. Perisakan dengan garam dan gula.

8 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

saya tgk kat NLKO pg tadi...tq 4 sharing.

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

lagi satu, tepek la gambar ....

RinduKu berkata...

Salam Chef...nak tanya mixed herb tu..herba apa yg chef campur..huhu??-Faiza

Azli Razali berkata...

saalam. rinduku awak boleh beli mixed herb di pasaraya, dia ada tulis mixed herb. lebih menjimatkan. jika takde awak boleh campur oregano, thyme, dan basil sama banyak.

Azli Razali berkata...

fizah gambar saya dah tepek dah

nadya berkata...

i really like your simple recipes..i pun baru kawen..nak pulun masak utk hubby lepas kawen ni challenge jugak rupenye..lucky i saw u @ NLKO last week..cepat2 browsing your blog! Hehehehe..salam kenal~

Azli Razali berkata...

nadya: tq sebab browse blogspot saya. memang itu lah objektif slot saya tuh. menu yang senang dan mudah. jangan lupa tgk NLKO minggu ini ok saya ada menu yang mudah untuk slot tuh.

Tanpa Nama berkata...

camner nk wat patties burger sendiri...???