18 Mac 2010

kek zuchini dan aprikot padat

Kali ini cuba pulak kek yang berasaskan sayur-sayuran. Pelik? eh jangan lah pelik, takan tak pernah makan kek lobak merah! Lobak merah tuh kan sejenis sayur-sayuran juga tetapi resepi kali ini menggunakan zucchini. Oklah resepi nih sebenarnya saya dapatkan dari satu buku masakan cakes step by step terbitan periplus tapi saya ubahkan sedikit resepinya. Pada siapa yang tak pernah tau zucchini dan tak tau mana nak dapat zucchini nih, jangan risau sebab banyak jer dijual di pasar basah dan di pasaraya seperti giant dan tesco. Kek ini lebih sihat kerana ada sumber fiber tambahan daripada zucchini yang baik untuk sistem penghadaman. Cuma kek ini tidak boleh terlalu lama disimpan kerana sayur didalam kek ini mudah rosak. Kek ini lembut tetapi teksturnya padat kerana menggunakan tepung berprotein tinggi. Jika tiada tepung berprotein tinggi bolehlah menggunakan tepung gandum biasa seperti jenama cap sauh.


Bahan-bahan
220 (1 cawan) gm mentega
3/4 ( 150gm)cawan gula kastor
1 cawan (200gm) zucchini-diparut
0gm)3 sudu buah aprikot-didadu halus
3/4 cawan (150gm) tepung protein tinggi/tepung gandum cap sauh
1/2 cawan (50gm) tepung naik sendiri
Salutan
1/2(60gm) cawan buah aprikot kering
250gm (1 1/4 cawan) keju krim
2 biji aprikot dalam tin
1/4 cawan(50gm) gula aising/ikut kemanisan
5 sudu makan air

Cara-cara penyediaan
  1. Sapukan marjerin pada acuan kek dan panaskan ketuhar pada suhu 180 degree celcius.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu. kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan zucchini yang telah diparut dan kacau.
  5. Masukkan aprikot. Kemudian masukkan tepung . Kacau sebati.
  6. Tuangkan dalam acuan dan bakar selama 40 minit ataupun sehingga kek tidak melekat apabila dicucuk.
Cara-cara penyediaan salutan
  1. Masak semua bahan kecuali keju sehinga air mendidih.
  2. Campurkan bahan yang dimasak bersama keju didalam mesin pembancuh kek. Dan mesin sehingga sebati. Sedia diguna untuk salutan kek.

0 comments: