Pages

09 Disember 2011

Kimchi Makanan Yang Berkhasiat

Ahn young ha say yo!. bermakna ‘Hello’ dalam bahasa korea. Janganlah anda berasa pelik kerana Dari Dapur Azli Razali bukanlah ingin mengajar anda bertutur bahasa korea tetapi kali ini saya ingin bercerita tentang makanan yang sangat popular di Korea iaitu kimchi kerana tiada ribut dan  tiada taufan, tiba-tiba saja kebanyakan orang Malaysia meminati drama dan lagu daripada Negara ini. Muzik K Pop dan drama k orea menjadi trend terkini negara ini  sehingga saya juga turut dihasut oleh rakan-rakan rapat yang begitu obses drama dan lagu korea untuk turut sama menyukainya. Tidak cukup dengan itu saya juga turut dibawa ke restoran makanan korea  agar saya turut merasai penangan budaya Korea. Lihat betapa hebatnya kesan musik dan cerita Korea. Itulah yang dinamakan pengaruh! Walaubagaimanapun saya akui makanan korea sungguh sedap  dan sejak kali pertama saya dibawa rakan-rakan menikmati makanan korea itu saya telah jatuh cinta dengan makanan korea.
Kimchi adalah sejenis makanan tradisional Korea iaitu jeruk sayuran seperti kobis cina dan lobak putih yang dijerukkan bersama bahan-bahan kisaran cili dan sos ikan. Ia akan disimpan didalam bekas yang bertutup dan dan sepanjang pemerapan ia akan mengalami proses penapaian asid laktik. Rasanya sedikit kelat, pedas, masam dan masin. Orang Korea suka menikmati kimchi sebagai makanan sampingan atau digunakan untuk memasak hidangan utama seperti sup kimchi (kimchi jjigae) and nasi goreng kimchi (kimchi bokkeumbap). Kimchi dianggap sebagai simbolik dalam adat resam masyarakat Korea iaitu sebagai simbol semangat ketahanan yang  kuat dan tersendiri. Kimchi telah wujud sejak 2000 tahun yang lalu. Buku puisi pertama China, ShiKyung, menyediakan bukti teks yang bertulis pertama kewujudannya.  Dalam buku tersebut, penyair merujuk kimchi sebagai “Ji,” istilah yang digunakan ketika itu adalah "Chimchae”. Terdapat pelbagai kategori Kimchi bergantung kepada jenis sayur dan bahan campuran yang digunakan namun kobis Cina tetap menjadi sayur yang paling popular yang digunakan untuk membuat Kimchi. Kimchi juga berbeza mengikut daerah dan musim. Kim chi di bahagian Utara Korea kurang masin dan kurang pedas dan dicampur dengan makanan laut yang dijerukkan. Saya sangat teruja dengan Kimchi ini kerana melalui pembacaan yang saya buat di internet ia mengandungi banyak khasiat pemakanan yang sungguh baik untuk kesihatan badan kita. Klik sini untuk melihat hasil lainnya. Kimchi mengandungi satu tinggi serat pemakanan, ia juga  rendah dalam kalori, membekalkan 80 peratus amaun asid askorbik dan karotin yang diperlukan oleh badan untuk sehari. Kimchi yang diperbuat daripada sayur-sayuran dan ramuan seperti bawang dan bawang putih mengandungi pelbagai nutrisi. Kimchi kaya dalam vitamin A, tiamina (B1), riboflavin (B2), kalsium dan zat besi, dan juga mempunyai kultur-kultur bakteria aktif dan bermanfaat seperti Lactobacilli, yang baik untuk sistem penghadaman. Kandungan bakteria jenis ini di dalam kimchi juga adalah lebih tinggi daripada kandungan yang ada pada yogurt. Kimchi memang terbukti adalah hidangan yang sihat sehingga ia pernah disenaraikan sebagai antara 5 makanan yang paling sihat di dunia di dalam majalah Health. Kimchi yang diperbuat daripada kobis cina kaya dengan indole-carbinol (13C) juga iaitu sebatian yang mampu melawan kanser selain dapat menghentikan pertumbuhan tumor. Sebenarnya rasa kimchi yang sedap terhasil daripada bahan-bahan yang segar dan ia perlu diperamkan. Sekurang-kuranya 2-3 hari atau lebih Penghasilan asid laktik sepanjang penapaian juga akan memberikan rasa yang enak dalam kimchi selain ia akan menghasilkan bakteria yang baik untuk penghadaman. Antara  bahan yang paling penting adalah serbuk cilinya. Sejenis cili kisar dari korea yang dipanggil ko choo kah rhoo digunakan untuk membuat Kimchi. Walaubagaimanapun jika sukar mendapatkan jenis cili ini, guna sahaja serbuk cili yang ada jual di pasaran tetapi pilihlah jenis serbuk cili yang berkualiti. Lagi satu rasa yang istimewa dalam kimchi ini adalah daripada kisaran buah pear dan buah epal. Anda boleh menggunakan kedua-dua jenis buah atau salah satu buah sahaja. Kisaran buah ini akan memberi kelainan pada kimchi. Jadi apa lagi marilah kita membuat kimchi dan saya kongsikan juga resipi stew daging yang popular (klik disini) di korea yang menggunakan kimchi.

2 comments:

fatinhanisah :) berkata...

tengok mcm sedap, rasa teringin nak cuba.. tapi still macam takut2.. sedap betul ke tak ney chef? hee

Unknown berkata...

yummylahh

http://dapurdarikorea.blogspot.com/