Pages

24 Julai 2010

POPIAH PISANG

BAHAN-BAHAN

12 keping roti Gardenia Butterscotch

24 keping kulit popiah

6 biji pisang restali   (dibelah dua)

250 gm coklat masakan


CARA-CARA PENYEDIAAN

  1. Gunakan dua helai kulit popiah untuk menggulung.
  2. Di atas kulit popiah letakkan sekeping roti. Letakkan pisang dan coklat di atas roti.
  3. Gulung dulu roti kemudian gulung pula roti dengan kulit popiah. Gulung seperti menggulung popiah biasa.
  4. Lekatkan hujung kulit popiah dengan air /larutan tepung jagung supaya ia melekat dan tidak tertanggal semasa digoreng.
  5. Akhir sekali goreng popiah sehingga warna keemasan.

Tip Chef Azli Razali

PASTIKAN jangan terlalu lama dibiarkan kulit popiah diluar suhu bilik kerana kulit popiah susah untuk digulung dan dilekatkan hujungnya. Tutup kulit popiah dengan tuala basah sekira cuaca terlalu panas untuk mengekalkan kelembapan.
KALAU u all nak pakai pisang lain seperti pisang montel atau emas pun boleh. Kalau taknak guna pisang guna mangga pun boleh. Lagi satu boleh juga menggunakan roti putih tapi taburkan sedikit gula dan kismis kerana roti putih kurang manis. Kalau tak suka manis tak perlulah letak kismis dan gula. Lepas masak makan lah dengan coklat sos atau sebarang perisa aiskrimm. Sound so tempting!

6 comments:

Dewman berkata...

wahhh nampak enakkk!! nanti nak try la :)

"myheart"-abieyazaly- berkata...

ermmm yummyyyy....

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

lama tak dtg blog azli...
mmg sedap ye...nak buat jugak la, lagi kalau mkn dgn eskrim. mavelessss gitu....

kemma berkata...

yummy ..sedapnye..bangga btul tgk lelaki masak :)

Tanpa Nama berkata...

smlm akak dah buat tp coklat 2 akak cair, betui ka? cuma yg tak menariknya gulungan ku tak begitu menarik tp rasa yummy...

Azli Razali berkata...

Anonymus coklat itu cair adalah kerana ia keluar disebabkan gulungan yang tidak rapat dan ketat. jangan terlalu banyak sangat coklat di dalm roti itu.