19 Julai 2010

SALAD MISTER POTATO/ Mister potato salad

Tengah-tengah duk browse internet nih saya terlihat satu gambar salad yang sangat superlicious "Lorrie's Salad" nama salad nih. Kalau dalam Bahasa Malaysia namanya mungkin Salad Lori lah kot hahaha. Terus saya mengatakan yummy! but too bad perut baru jer makan tengahari so dah kenyang tapi saya tak boleh tahan untuk melihat kecantikan gambarnya yang menunjukkan salad ini memang betul2  lazat. Dalam masa yang sama saya juga melihat iklan kerepek kentang Mister Potato kat internet. Terus dalam kepala otak terpikir nak mencipta satu resepi yang menghimpunkan kedua-dua gambar ini ~'Salad dan kerepek~ kentang Mister Potato' yang saya namakan resepinya sebagai  Salad Mister Potato. Ketika saya mengolah resepi dengan pen saya dapat membayangkan salad ini sungguh enak dengan kerangupan kerepek kentang Mister Potatonya. Saya memang menggemari kerepek Mister Potato ini kerana rasanya yang rangup atau crispy kata mat sallehnya. hehe. Kalau beli dan makan sambil tengok tv atau wayang memang layanlah! SEDAR-SEDAR DAH HABIS! Selain daripada itu,
saya pernah ternampak di restoran2 dan gerai2 yang meletakkan kerepek kentang sebagai side dish dalam menu ayam dan ikan. Mana taknya, senang! hanya bukak dan tabur jer tepi pinggan, dah melengkapi bekalan sumber karbohidrat dalam menu. So anda tak perlulah nak menggoreng kentang lagi di rumah! kan senang begitu betul tak? kerepek kentang boleh menggantikan french fries yang biasa digunakan. Pada kelas komersial minggu ini saya akan mencadangkan pada student saya yang menjadi Chef Of the Day di kelas komersial nanti untuk membuat Salad Mister Potato ini. Di kesempatan ini saya akan sajikan dulu kepada anda packaging kerepek kentang Mister Potato yang akan saya gunakan dalam salad ini dan resepinya dululah tetapi gambar Salad Mister Potato nanti bila dah siap makanannya barulah dapat saya kongsikan dalam blog ini dengan   u all. Saya pun tak sabar macamana rasa dan bentuknya nanti. Harap bersabar ya, page under construction hehehe... Anda boleh menggunakan sebarang perisa kerepek kentang Mister Potato ini seperti Tomato, Barbecue atau original. Selamat mencuba dengan resepi yang mudah ini! Mr Potato! kali ini saya tetiba rajin plak nak buat dwi bahasa mana tau kot-kot ada orang2 mat salleh Australia ke London ker Singapura ker nak cuba buat. hahaha Happy cooking!


BAHAN-BAHAN                                     INGREDIENTS
1/2 paket ayam pop corn  Ayamas           1/2 packet of Ayamas chicken popcorn
1 paket salad campur                                 1 packet mixed salad
1/2 biji lobak merah                                     1/2 no of carrot
50gm kerepek kentang Mister Potato        50gm  potato Chips Mister Potato
(sebarang perisa)                                              (any flavours)
3 sudu mkn keju parmesan-parut                3tblsp grated parmesan cheese
2 biji tomato-potong wedges                       2 nos tomato-cut wedges
DRESSING SALAD                                 SALAD DRESSING
50gm Keju parmesan-diparut                    50gm parmesan cheese-grated
3/4  cawan mayonis                                    3/4 cup mayonaise
3 sudu mkn sos tomato                               3 tblsp tomato ketchup


CARA-CARA PENYEDIAAN
  1. Goreng ayam sehingga keemasan dan biarkan sejuk.
  2. Koyakkan salad dan susun dalam mangkuk.
  3. Ramaskan kerepek kentang menjadi serpihan yang kasar.
  4. Untuk menyediakan dressing campurkan semua bahan-bahan dressing.
  5. Gaulkan dengan daun salad dan taburkan atas salad dengan ayam, keju, lobak merah dan tomato.



METHODS OF PREPARATION

  1. Deep fried the chicken pop corn until golden brown and leave cool.
  2. Tear salad into small pieces and arrange in a serving bowl.
  3. Crumbing the chips into large pieces.
  4. Mix all the ingredients for dressing.
  5. Toss salad with dressing and arrange other ingredients on top of the salad.  


Tip Chef Azli Razali:


Sekiranya anda tidak mahu menggunakan pop corn ayamas anda boleh menggantikan dengan isi ayam yang direbus.
U may use cooked chicken breast instead of using pop corn Ayamas.

1 comments:

RinduKu berkata...

ermm marvelouse!!!bravo chef azli..