16 Julai 2010

Nasi Ayam

Kali ini saya ingin berkongsi tentang bagaimana nak buat nasi ayam. Sebenarnya banyak mazhab membuat nasi ayam ini tetapi  bagi mereka yang suka nak mencuba nak membuat nasi ayam  mereka perlu tahu beberapa perkara asas pembuatannya . Makanan yang merupakan makanan tradisi masyarakat Cina ini sangat digemari  oleh semua masyarakat di seluruh dunia maklumlah makanan ini pun berasal dari Tanah besar China yang dibawa masuk sejak zaman dahulu kala lagi. Makanan tradisi ini juga telah diolah dengan pelbagai cara dan  bahan tetapi sebagai seorang chef apa yang penting rasanya tidaklah seharusnya hilang daripada yang rasa yang asli. Setakat sedikit bahan yang diolah dalam menyediakannya ianya masih boleh diterima. Bak kata orang, air tangan orang berbeza-beza bukan?Jadi apalagi kenalah cuba nasi ayam ini mana tau boleh buat perniagaan nasi ayam pula lepas nih tetapi kena promosi dulu pada kawan-kawan dan saudara mara dululah ya!

Bahan-bahan untuk rebus ayam
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)

Bahan-bahan untuk perap ayam
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu sedikit kicap cair
2 ulas bawang putih-kisar
1 cim halia kisar

Bahan-bahan ntuk nasi
5cwn beras
3 sudu besar marjerin
1cm halia- dikisar
4 ulas bawang putih -dikisar
6 cawan air rebusan ayam tadi secukupnya
1 ketul kiub ayam
sedikit garam.
1 helai daun pandan

Bahan sos
5biji cili merah
5 ulas bawang putih
1 sudu teh cuka
Sedikit garam
Secukup rasa gula
3/4 cawan air

Bahan-bahan untuk sup
Lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
1 sup bunjut
2 ketul kiub ayam
1 tangkai daun sup-dihiris
sedikit bawang goreng
Sedikit garam

Cara-cara Penyediaan

  1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (tak potong pun boleh).Bersihkan dan rebus dalam periuk sehingga muat ayam sehingga separuh empuk Pastikan tidak rebus terlalu lama. Bahagi 2 air rebusan-satu untuk sup dan satu bahagian untuk nasi.
  2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng ayam hingga garing. Potong dan curahkan dengan kicap cair dan sedikit minyak bijan.
  3. Basuh beras dan toskan. Panaskan marjerin, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, dan kacau sebati, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
  4. Untuk sos-kisarkan semua bahan diatas masak sehingga mendidih.
  5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, sup bunjut, garam dan biarkan mendidih. Taburklan daun sup dan dan bawang goreng semasa hendak menghidang.
  6.  Hidangkan bersama daun salad, hirisan tomato dan timun.Hidanglah seperti menikmati nasi ayam biasa.

0 comments: