Pages

16 Julai 2010

Mengadun dan membakar kek

http://azlirazali.blogspot.com/2010/07/kek-baldu-koko-merah.html

Menjadi kolumnis dan menulis di akhbar merupakan pengalaman pertama yang tidak mungkin dapat lupakan. Semacam disorongkan bantal apabila Editor Kak Siti Zaleha menawarkan saya menjadi kolumnis di akhbar yang ternama di Malaysia iaitu Utusan Malaysia, apalagi saya gunakan peluang  ini untuk mengembangkan bakat menuli saya lah. Ini adalah peluang keemasan dan bukan senang nak dapat peluang macam nih betul tak? Secara peribadi saya merasakan corak tulisan artikel pertama saya ini agak kekok sedikit maklumlah baru nak berjinak-jinak menjadi kolumnis dan saya rasa banyak kelemahan dalam selok belok penulisan dan perlu dipertingkatkan.
Walau bagaimanapun...
cita-cita saya yang teringin menjadi seorang wartawan atau penulis akhirnya dapat saya rasa dengan tawaran sebagai kolumnis ini. Dalam ruangan ini semestinya saya perlu menulis tentang topik-topik berkenaan bidang yang sangat saya cintai! apalagi kalau bukan bidang masak-masak dan makanan ok!. Fuhh lega rasanya, kalau bidang lain awal2 dah tolak hahaha. Barulah saya tahu betapa susahnya untuk menulis kerana kita perlu kreatif untuk menulis dan dari pengalaman, saya dapat rasakan bagaimana susahnya seorang wartawan untuk menulis sesuatu story. Saya gunakan peluang ini untuk mencabar diri saya sendiri untuk menulis. Saya mengucapkan 'many thanks' to kak Khairunisa yang telah sudi mencadangkan saya dan kepada kak Siti terima kasih banyak kerana mempercayai saya  untuk menjadi kolumnis di ruangan baru ini. Setelah sekian kali berbincang dengan kak Siti apakah nama ruangan yang sesuai akhirnya nama ruangan Dari Dapur Azli Razali menjadi pilihan! saya suka dengan nama kolumn ini!. Tak kisahlah, janji melalui ruangan Dari Dapur Azli Razali ini ianya dapat menajadi satu platfortm untuk saya berkarya dan berkongsi segala-galanya tentang dunia masakan dengan para pembaca. Harapan saya ruangan ini boleh diterima ramai di samping pembaca boleh mendapat suatu informasi yang berilmiah dan berguna Insyallah...jadi pada mereka yang mungkin tertinggal untuk untuk menyalin resepi  bolehlah klik link diatas dan menyalin resepi itu dan pada mereka yang tertinggal untuk membaca artikel pertama saya ini anda boleh membaca dalam link seperti dibawah ... Saya ucapkan happy baking!

0 comments: