17 Julai 2010

Kek baldu Koko Merah

Bahan-bahan A
250 gm margerin
180 gm gula halus


Bahan-bahan B
260 gm tepung halus
2 camca makan serbuk koko
2 biji telur
1 camca teh esen vanilla
250 gm susu cair
2 camca makan pewarna merah
1 camca teh cuka makan
1 camca teh soda bikarbonat
Cara-cara penyediaan kek


  1. Panaskan oven 180 darjah celsius. Lengserkan tin kek dengan mentega dan tepung.
  2. Ayakkan tepung, baking soda dan serbuk koko. Letak di tepi.
  3. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  4. Masukkan telur satu persatu. Pastikan telur bersatu sebati dengan adunan mentega.
  5. Tambahkan esen vanilla dan cuka ke dalam bancuhan kek. Kacau dengan cepat.
  6. Di dalam mangkuk berasingan, campurkan susu dan pewarna merah. Kemudian, masuk tepung dan susu secara selang seli sehingga habis.
  7. Masukkan adunan kek yang telah siap ke dalam acuan kek yang telah dilengserkan. Bakar selama 40-45 minit atau sehingga tiada kek yang melekat pada lidi pencucuk apabila dicucuk. Sejukkan kek, kek yang telah sejuk ia boleh disalut dengan aising seperti krim putar.

3 comments:

Farrah MF berkata...

Chef, nak tumpang tanya...selalunya resepi red velvet ni kena letak buttermilk/susu tu kita campur sekali dgn cuka.

Utk resepi kat atas, tak perlu ye?

Farrah MF berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
aisyah berkata...

boleh x kek ni dikukus?
isi 3/4 suku cawan juga?